... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, October 16, 2024

Laporan Bertugas Minggu Ke- 29 (Sesi Pagi)

INFO PERHIMPUNAN

Kumpulan : D

Minggu : 29

Tarikh : 7 Oktober 2024

Hari : Isnin

Masa : 7:30 pagi - 8:00 pagi

Tempat : Dewan Perdana

Tema Warna :  Hijau

1. Juruacara : Nur Izzatul Iman binti Shukrul Amri (6 Unix)

2. Konduktor 3 Buah : Noor Hana Maisarah binti Hamdan (6 Unix)

3. Pembaca Doa : Muhammad Aqil bin Norazmi (6 Windows)

4. Pembaca Ikrar Rukun Negara : Zara Nur Iman binti Zainal Adnan (6 Solaris)

5. Ucapan Guru Bertugas Mingguan : Puan Astina binti Mahad Noor

6. Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-28 : Encik Muhammad  Afiq bin Azli

7. Tema Mingguan : Negaraku Tercinta

8. L.A.W.A.D:

    BM : tersergam - kelihatan tinggi dan besar dari yang lain

    BI :  affirm -  mengesahkan

    BA : fursyatul asnani (berus gigi)

9. Lain-Lain Pengumuman :

    Keputusan Keceriaan Kelas Minggu Ke-28

    Penyampaian Sijil NILAM Kebangsaan 2024

10. Ucapan Pentadbir :  Puan Fauziah binti Salehoddin (GPK Kokurikulum)


Barisan guru bertugas Kumpulan D


Guru bertugas Kumpulan D
1. Pn. Murnei binti Ahmad
2. Pn. Faridatul-Akmal binti Ismail
3. Mohd Rusydan bin Ismail
4. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
5. Noor Hanawati Alinda bt Abd Taib Puruji
6. Rafidah binti Salleh
7. Azwane binti Adnan
8. Jamilah binti Mohd Yusof
9. Siti Fatimah binti Wan Yaacob
10. Astina binti Mahad Nor
11. Nurul Nadirah binti Kamarulzaman


Pengacara Majlis dan Bacaan Doa oleh pengawas yang bertugas

Ucapan guru bertugas oleh Pn. Astina binti Mahad Nor


Ucapan Guru Bertugas: 

Apa yang perlu dilakukan oleh murid jika buku teks rosak akibat daripada musibah banjir.

1. Ambil gambar buku teks yang rosak akibat daripada banjir.

2. Laporkan kepada guru judul yang rosak akibat banjir.

3. Hantar buku yang musnah / rosak kepada guru untuk dibuat pelupusan


Penyampaian Sijil NILAM Kebangsaan 2024


Pemenang Keceriaan Kelas Tahun 5 & 6

Pemenang Keceriaan Kelas Tahun 4 & PPKI

Pemenang Keceriaan Kelas Prasekolah

Ucapan oleh Puan Fauziah binti Salehoddin (GPK Kokurikulum)


Dalam ucapannya, Puan Fauziah mengingatkan tentang beberapa perkara :

1. Puan Fauziah mengingatkan murid agar sentiasa menghormati dan memberi salam kepada semua guru.






ANTARA AKTIVITI MENARIK SEPANJANG MINGGU INI

Pertandingan Kawad Kaki unit Beruniform




Sambutan  Hari Sukan Negara



Perkhemahan Perdana Unit beruniform























 

Monday, October 7, 2024

MAJLIS BAKTI DISEMAI , BUDI DISANJUNG




BAKTI DISEMAI BUDI DISANJUNG


TARIKH : 1 OKTOBER 2024 (SELASA)

MASA : 745 AM /1.20 PETANG

TEMPAT : DEWAN PERDANA , SKTPP

بسم الله الرحمن الرحيم

Majlis di mulakan dengan ucapan alu-aluan pengacara majlis oleh yang diraikan iaitu Puan
Saliza binti Mohd Osman  dan Dr Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar. Majlis dimulakan dengan bacaan doa  oleh Ustaz Ahmad  Zubair  bin Haji Muhammad Taib dan En. Saifullah bin Mat Saupi.


Bacaan Doa oleh En. Saifullah bin Mat Saupi dan Ustaz Ahmad  Zubair  bin Haji Muhammad Taib


Ucapan aluan oleh pengacara majlis sesi petang


Ucapan aluan oleh pengacara  majlis sesi pagi.


Ucapan Guru Besar En. Mohd Izzuddin bin Yoop


Ucapan terakhir  Pn Saliza binti Mohd Osman


Ucapan perpisahan dari Dr Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar.


Upacara memotong kek perpisahan sebagai tanda kenang-kenangan.


Persembahan murid-murid menyerikan Majlis Bakti  di Semai Budi di Sanjung

 
Salam perpisahan dari KKGK 2024/2025 Pn Rohaya PK Petang dan  En Mohd Zulhadi Pengerusi KKGK 2024/2025


Penyampaian cenderahati  dari KKGK


Penyampaian Cenderahati dari Unit Bimbingan dan Kaunseling



Cenderahati dari Unit Kokurikulum.


Cenderahati dari Panitia Pendidikan Moral dan Bahasa Tamil.


Cenderahati dari Panitia Matematik


Cenderahati dari Puan Rohaya (PK Petang ) untuk Cikgu Saliza




Cenderahati dari Kelab Badminton untuk Dr Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar




Cenderahati dari PPKI



Cenderahati dari Pra Sekolah



Barisan guru-guru sesi pagi untuk  bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.



Barisan guru-guru sesi petang untuk  bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.


Barisan AJK KKGK 2024/2025 yang menganjurkan Majlis Bakti diSemai Budi diSanjung.
 


Sekian Terima Kasih.

Disediakan oleh

Ustazah Salina binti Hashim
Jawatankuasa Blog 







Friday, October 4, 2024

Laporan Bertugas Minggu Ke-28 (Sesi Pagi)

Laporan Bertugas Minggu Ke-28

 30 September hingga 4 Oktober 2024


Laporan Perhimpunan

Tarikh  : 30 September 2024 (Isnin)

Masa   : 7.30 - 8.22 pagi

Tempat: Dewan Perdana

1. Juru acara : Nur Humaira Aisya binti Mohd Fauzi (Zircon)

2. konduktor 3 Buah Lagu : Naurah Saffiyah binti Mohd Nasir (6 Unix)

3. Pembaca Doa : Muhammad Aiman Batrisyia bin Md Shah (4 Tempua)

4. Pembaca Ikrar Rukun Negara : Muhammad hadif bin Muhammad Fariz Fairuzzaman

    (6 Solaris)

5.Ucapan Guru Bertugas Semasa : Encik Muhammad Afiq bin Azli

6. Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-27 : En Ahmad Syahir bin Tohit

7. Tema Mingguan : Kesetiaan

8. L.A.W.A.D:

   BM: Bertandang; Berkunjung

   BI : Advocate; Menyokong

   BA : Mushtun; Sikat

 9. Lain-Lain Pengumuman

    * Keputusan Keceriaan Kelas Minggu Ke-27

    * Info Pusat Sumber -Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji


Barisan guru bertugas Kumpulan C

Pengacara Majlis, Bacaan Ikrar & Konduktor Lagu oleh
pengawas yang bertugas


Bacaan Doa

                                                                            
Murid-murid sepanjang perhimpunan dijalankan

Wajah ceria guru-guru bertemakan merah jambu

                                      
Laporan bertugas oleh En Ahmad Syahir bin Tohit

Ucapan guru bertugas oleh En Muhammad Afiq bin Azli

Cikgu Afiq menerangkan tentang tema pada minggu ini iaitu "kesetiaan" dalam 4 komponen :

1. Definisi Kesetiaan
2. Kepentingan Kesetiaan dalam Kehidupan Seharian
3. Contoh Kesetiaan di Sekolah
4. Cara Mengamalkan Kesetiaan

Pertama, apa itu kesetiaan?
Kesetiaan bermaksud setia dan taat kepada seseorang atau sesuatu.Ia adalah sifat yang
sangat penting dalam membina hubungan yang kukuh dan harmoni.

Kedua, mengapa kesetiaan penting dalam kehidupan seharian?
Kesetiaan membantu kita membina kepercayaan antara satu sama lain. Apabila kita setia,
orang lain akan lebih percaya dan menghormati kita. Ini penting dalam keluarga,
persahabatan dan juga di sekolah.

Ketiga, apakah contoh kesetiaan di sekolah?
Contoh kesetiaan di sekolah termasuk:

*Setia kepada rakan-rakan dengan tidak mengkhianati mereka.
*Setia kepada guru dengan mendengar dan mengikut arahan mereka.
*Setia kepada sekolah dengan menjaga nama baik sekolah dan mematuhi peraturan.

Akhir sekali, bagaimana kita boleh mengamalkan kesetian?
Kita boleh mengamalkan kesetiaan dengan:
*Sentiasa berkata benar dan tidak bohong.
*Menepati janji yang telah dibuat.
*Menyokong rakan-rakan dan guru dengan sokongan yang tidak berbelah bagi

Kesimpulannya,kesetiaan adalah nilai yang sangat penting yang perlu amalkan dalam
kehidupan seharian.

Dengan mengamalkan kesetiaan, kita dapat membina hubungan yang lebih baik dan menjadi individu yang lebih dipercayai dan dihormati.

Keputusan Keceriaan & Kebersihan Kelas Minggu Ke- 27. Penyampaian hadiah disempurnakan
 oleh Puan Jumilah binti Ahmad (PK HEM).
Tahniah diucapkan!!

Pra & PPKI

Tahun 4


Tahun 5

Tahun 6

Info berkaitan Pusat Sumber Sekolah disampaikan oleh
 Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji

Ucapan oleh Puan Jumilah binti Ahmad (PK HEM)

Dalam ucapannya, Puan Jumilah mengingatkan tentang beberapa perkara :
1. Puan Jumilah mengucapkan tahniah kepada kelas yang mendapat peratusan tertinggi kehadiran setiap aliran dan tertinggi keseluruhan.


2. Amalan baik perlu diteruskan dan guru-guru akan merekodkan amalan baik ini di dalam SSDM. Tahniah kepada yang telah mendapat peringkat "Terpuji".
3. Beliau juga mengingatkan tentang keselamatan diri murid di sekolah. Perlu, sama-sama lebih berhati-hati dalam apa jua perkara demi keselamatan diri dan juga orang sekeliling. Di samping itu, Pn Jumilah mengharapkan agar semua murid lebih rasa tanggungjawab dalam menjaga kebersihan kelas.
4.  Akhir sekali, beliau memaklumkan tentang perkhemahan Unit Beruniform yang akan berlangsung pada 12 Oktober 2024 terbuka kepada 180 orang sahaja. Tempat adalah terhad 

Aktiviti dan momen-momen sepanjang minggu ini

Suasana murid datang ke sekolah (Pagar B)

Suasana murid hadir ke sekolah di Pagar A


Penyuraian murid sesi pagi mengikut tangga-tangga yang telah ditetapkan

Majlis perpisahan Cikgu Azarul dijalankan pada 1 Oktober 2024 (Selasa).
Semoga Cikgu Azarul terus cemerlang di tempat baharu.
Terima kasih atas segalanya.

Majlis perasmian Bulan Pusat Sumber Sekolah telah berlangsung pada 4 Oktober (Jumaat)
 bertemakan Fairy Tales Classic.
Sungguh meriah ...murid-murid stay tune dengan pelbagai
aktiviti menarik sepanjang bulan Pusat Sumber ini.