Sesi : Petang
Tarikh : 14 - 18 Oktober 2024
Bulan Pusat Sumber SKTPP telah memasuki minggu ketiga dengan pelbagai pengisian yang berfaedah dan aktiviti-aktiviti yang menarik. Lawatan ke Ujana Ilmu "Alice in the Wonderland" bagi Tahun 3 diteruskan mengikut jadual yang ditetapkan. Persiapan bagi Pertandingan Sudut NILAM kelas "Our Literary Heaven" juga telah mula dilaksanakan oleh guru-guru kelas.
Kuiz Harian "Ding Dong Bell" juga diteruskan pada minggu ini setiap hari Isnin hingga Jumaat selepas waktu rehat. Soalan-soalan kuiz disampaikan oleh Teacher Amalina dan Teacher Malisha bagi menguji pengetahuan murid tentang Pusat Sumber dan sekolah. Murid-murid sangat teruja untuk menjawab soalan. Hadiah diberikan kepada murid yang terpantas mengangkat tangan dan dapat menjawab soalan dengan tepat.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Kuiz Harian 'Ding Dong Bell' |
Aktiviti Jom Baca 10 Minit "Tell Me A Story" telah dilaksanakan di dalam kelas pada setiap hari Selasa dan Khamis bersama guru mata pelajaran semasa. Murid boleh membaca pelbagai jenis bahan bacaan sama ada di bawa dari rumah atau dipinjam dari Pusat Sumber Sekolah.
Murid-murid khusyuk membaca selama 10 minit |
Sepanjang minggu ini juga telah diadakan saringan Pertandingan Nyanyian Solo Terbuka "The Nightingale" oleh guru mata pelajaran Pendidikan Muzik bagi setiap kelas.
Murid menonjolkan bakat terpendam dalam nyanyian |
Pertandingan Akhir Hafazan Terbuka "Let's Recite and Retain" juga telah berlangsung pada hari Selasa, Rabu dan Khamis. Pertandingan ini di bawah seliaan Panitia Pendidikan Islam dan diadakan di Musolla Raudhatul Ilmi.
Peserta-peserta Hafazan sedang diuji oleh para hakim yang berpengalaman |
Selain itu, pada minggu ini juga telah berlangsung pendaftaran dan persediaan bagi beberapa pertandingan bagi kategori guru dan murid.
Poster Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris |
Poster Pertandingan Swafoto "The Charms" |
Poster Pertandingan Membina BBM Digital "My Secret Recipe" |
No comments:
Post a Comment