Tarikh pelaksanaan : 28-29 Oktober 2024
Minggu kelima kali ini hanya melibatkan dua hari persekolahan sahaja. Walau bagaimanapun, aktiviti bulan pusat sumber masih berjalan seperti biasa dan pastinya sangat menarik.
Berikut adalah gambar-gambar aktiviti yang dilaksanakan sepanjang minggu ini iaitu melibatkan pameran dan jualan buku dari Syarikat PTS kepada murid sesi pagi dan petang.
Lori pameran dan jualan buku |
Staf PTS yang membantu selama 2 hari di sekolah |
Puan Arnny turut bersama melihat pelaksanaan dan kelancaran aktiviti |
Sekian laporan aktiviti minggu kelima Bulan Pusat Sumber SKTPP. Pastinya warga sekolah, terutamanya murid-murid berasa teruja dengan program minggu ini yang libatkan jualan dan pameran buku yang julung kali diadakan pada tahun ini. Diharap program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun-tahun akan datang.
Terima kasih.
Laporan disediakan oleh;
Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz
AJK Posting blog
Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024
No comments:
Post a Comment