... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, October 4, 2024

Majlis Perasmian dan Pelancaran Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024 (Sesi Petang)

Majlis Perasmian dan Pelancaran Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Oktober 2024 bertempat di Dewan Perdana SKTPP.Majlis perasmian ini juga merupakan titik permulaan bagi pelbagai program dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Pusat Sumber Sekolah.Pada kali ini tema yang dipilih ialah 'Classic Fairy Tales'.Program Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024 diadakan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:



Buku program 

Program ini adalah usaha secara kolaboratif antara Pusat Sumber SKTPP dengan Panitia Bahasa Melayu,Panitia Bahasa Inggeris,Panitia Sains,Panitia Matematik ,Panitia Pendidikan Islam,Panitia Pendidikan Seni Visual dan Panitia Muzik,Panitia Moral,PPKI dan Prasekolah.

Pentas yang ceria bertemakan Classic Fairy Tales


Majlis dimulakan dengan perarakan masuk barisan pentadbir iaitu Tuan Guru Besar, Encik Mohd Izzuddin bin Yoop dan Penolong Kanan Petang,Puan Rohaya bin Rosli diiringi duta cilik program yang ceria berbusana Classic Fairy Tales diikuti  para guru yang rata-ratanya berbusana mengikut tema.

Perarakan masuk ke Dewan Perdana.

Bagi menambahkan keberkatan, majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul hafiz yang memohon agar program ini memberi manfaat dan kebaikan kepada murid-murid dan seluruh warga sekolah.

Ustaz Abdul Hafiz mengetuai bacaan doa.

Majlis seterusnya menjemput Tuan Guru Besar,Encik Mohd Izzuddin bin Yoop untuk menyampaikan ucapan dan menyempurnakan gimik perasmian.Dalam ucapan beliau menekankan kepentingan pembacaan dan budaya literasi di kalangan murid-murid.Beliau juga berharap Bulan Pusat Sumber ini menjadi platform untuk murid-murid memperkaya ilmu pengetahuan dan mengembangkan minat mereka dalam membaca.

Gimik perasmian iaitu memanah belon yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar.

Seterusnya,taklimat ringkas berkenaan Bulan Pusat Sumber 2024 telah disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji selaku Guru Perpustakaan dan Media sekolah kita.Beliau berkongsi maklumat tentang pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang sepanjang Bulan Pusat Sumber 2024.


Taklimat beserta tayangan video yang menarik oleh Puan Arnny Yusnita.

Kemuncak majlis perasmian ini ialah persembahan istimewa daripada murid-murid Kelas 3 Volkswagen dan 3 Toyota iaitu 'readers theatre' bertajuk 'Little Red Riding Hood' dan koir bertajuk 'Fairy Tale Friend'. Persembahan ini dipersembahkan dengan penuh semangat dan bakat murid-murid.Persembahan ini bukan sahaja dapat mencuit hati penonton,malah berjaya menyampaikan mesej moral yang berguna dalam bentuk penceritaan kreatif.

Persembahan 'readers theatre 'Little Red Riding Hood'

Murid menyanyikan lagu 'Fairy Tale Friend' dengan penuh semangat.

Majlis berakhir pada jam 4 petang.Majlis Perasmian Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024 ini diharapkan memberi inspirasi dan mendorong semangat murid-murid dan warga sekolah untuk mengasah minat terhadap ilmu dan budaya membaca sepanjang bulan ini dan seterusnya.

RANGKUMAN BUSANA CLASSIC FAIRY TALES

Pelbagai watak yang sinonim dengan 'classic fairy tales'

POSTER PERTANDINGAN 

Poster pertandingan anjuran panitia


Poster pertandingan acara terbuka


Poster pertandingan kategori guru dan staf sekolah.

Pautan Memori 'Sepurnama di Ujana Ilmu' 2023 

Disediakan oleh,
Nor Holwani bt Yahaya
AJK Posting Blog
Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024

No comments:

Post a Comment