... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, October 4, 2024

Laporan Bertugas Minggu Ke-28 (Sesi Pagi)

Laporan Bertugas Minggu Ke-28

 30 September hingga 4 Oktober 2024


Laporan Perhimpunan

Tarikh  : 30 September 2024 (Isnin)

Masa   : 7.30 - 8.22 pagi

Tempat: Dewan Perdana

1. Juru acara : Nur Humaira Aisya binti Mohd Fauzi (Zircon)

2. konduktor 3 Buah Lagu : Naurah Saffiyah binti Mohd Nasir (6 Unix)

3. Pembaca Doa : Muhammad Aiman Batrisyia bin Md Shah (4 Tempua)

4. Pembaca Ikrar Rukun Negara : Muhammad hadif bin Muhammad Fariz Fairuzzaman

    (6 Solaris)

5.Ucapan Guru Bertugas Semasa : Encik Muhammad Afiq bin Azli

6. Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-27 : En Ahmad Syahir bin Tohit

7. Tema Mingguan : Kesetiaan

8. L.A.W.A.D:

   BM: Bertandang; Berkunjung

   BI : Advocate; Menyokong

   BA : Mushtun; Sikat

 9. Lain-Lain Pengumuman

    * Keputusan Keceriaan Kelas Minggu Ke-27

    * Info Pusat Sumber -Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji


Barisan guru bertugas Kumpulan C

Pengacara Majlis, Bacaan Ikrar & Konduktor Lagu oleh
pengawas yang bertugas


Bacaan Doa

                                                                            
Murid-murid sepanjang perhimpunan dijalankan

Wajah ceria guru-guru bertemakan merah jambu

                                      
Laporan bertugas oleh En Ahmad Syahir bin Tohit

Ucapan guru bertugas oleh En Muhammad Afiq bin Azli

Cikgu Afiq menerangkan tentang tema pada minggu ini iaitu "kesetiaan" dalam 4 komponen :

1. Definisi Kesetiaan
2. Kepentingan Kesetiaan dalam Kehidupan Seharian
3. Contoh Kesetiaan di Sekolah
4. Cara Mengamalkan Kesetiaan

Pertama, apa itu kesetiaan?
Kesetiaan bermaksud setia dan taat kepada seseorang atau sesuatu.Ia adalah sifat yang
sangat penting dalam membina hubungan yang kukuh dan harmoni.

Kedua, mengapa kesetiaan penting dalam kehidupan seharian?
Kesetiaan membantu kita membina kepercayaan antara satu sama lain. Apabila kita setia,
orang lain akan lebih percaya dan menghormati kita. Ini penting dalam keluarga,
persahabatan dan juga di sekolah.

Ketiga, apakah contoh kesetiaan di sekolah?
Contoh kesetiaan di sekolah termasuk:

*Setia kepada rakan-rakan dengan tidak mengkhianati mereka.
*Setia kepada guru dengan mendengar dan mengikut arahan mereka.
*Setia kepada sekolah dengan menjaga nama baik sekolah dan mematuhi peraturan.

Akhir sekali, bagaimana kita boleh mengamalkan kesetian?
Kita boleh mengamalkan kesetiaan dengan:
*Sentiasa berkata benar dan tidak bohong.
*Menepati janji yang telah dibuat.
*Menyokong rakan-rakan dan guru dengan sokongan yang tidak berbelah bagi

Kesimpulannya,kesetiaan adalah nilai yang sangat penting yang perlu amalkan dalam
kehidupan seharian.

Dengan mengamalkan kesetiaan, kita dapat membina hubungan yang lebih baik dan menjadi individu yang lebih dipercayai dan dihormati.

Keputusan Keceriaan & Kebersihan Kelas Minggu Ke- 27. Penyampaian hadiah disempurnakan
 oleh Puan Jumilah binti Ahmad (PK HEM).
Tahniah diucapkan!!

Pra & PPKI

Tahun 4


Tahun 5

Tahun 6

Info berkaitan Pusat Sumber Sekolah disampaikan oleh
 Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji

Ucapan oleh Puan Jumilah binti Ahmad (PK HEM)

Dalam ucapannya, Puan Jumilah mengingatkan tentang beberapa perkara :
1. Puan Jumilah mengucapkan tahniah kepada kelas yang mendapat peratusan tertinggi kehadiran setiap aliran dan tertinggi keseluruhan.


2. Amalan baik perlu diteruskan dan guru-guru akan merekodkan amalan baik ini di dalam SSDM. Tahniah kepada yang telah mendapat peringkat "Terpuji".
3. Beliau juga mengingatkan tentang keselamatan diri murid di sekolah. Perlu, sama-sama lebih berhati-hati dalam apa jua perkara demi keselamatan diri dan juga orang sekeliling. Di samping itu, Pn Jumilah mengharapkan agar semua murid lebih rasa tanggungjawab dalam menjaga kebersihan kelas.
4.  Akhir sekali, beliau memaklumkan tentang perkhemahan Unit Beruniform yang akan berlangsung pada 12 Oktober 2024 terbuka kepada 180 orang sahaja. Tempat adalah terhad 

Aktiviti dan momen-momen sepanjang minggu ini

Suasana murid datang ke sekolah (Pagar B)

Suasana murid hadir ke sekolah di Pagar A


Penyuraian murid sesi pagi mengikut tangga-tangga yang telah ditetapkan

Majlis perpisahan Cikgu Azarul dijalankan pada 1 Oktober 2024 (Selasa).
Semoga Cikgu Azarul terus cemerlang di tempat baharu.
Terima kasih atas segalanya.

Majlis perasmian Bulan Pusat Sumber Sekolah telah berlangsung pada 4 Oktober (Jumaat)
 bertemakan Fairy Tales Classic.
Sungguh meriah ...murid-murid stay tune dengan pelbagai
aktiviti menarik sepanjang bulan Pusat Sumber ini.








No comments:

Post a Comment