... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, October 12, 2024

Laporan Aktiviti Bulan Pusat Sumber Minggu ke- 2 (Sesi Petang))

 Tarikh : 7 - 11 Oktober 2024 

Berikut adalah ringkasan  aktiviti dan pertandingan yang telah dilaksanakan sepanjang minggu kedua. 


1.  Pertandingan Individu bersambung lagi pada minggu kedua. Pertandingan ini dilaksanakan di dalam kelas bersama guru mata palajaran. Kelihatan keterujaan murid-murid ketika membuat aktiviti  yang disediakan oleh guru hal ini kerana guru akan memilih 5 orang yang terbaik dari setiap kelas. Tahniah! kepada para pemenang. Diharap murid-murid gembira dengan hadiah yang telah diterima. 


 


Suasana ketika murid membuat aktiviti 
 

   

2. Kuiz Harian "Ding Dong Bell" dilaksanakan setiap hari Isnin hingga Jumaat. Guru Pusat Sumber iaitu Teacher Malisha dan Teacher Amalina akan memberi kuiz mudah mengenai sekolah dan Bulan Pusat Sumber. Kuiz ini dijalankan setiap hari selepas waktu rehat bertempat di Dewan Perdana.  

Murid-murid yang berjaya menjawab kuiz 
 

Murid menanti-nantikan kuiz Ding Dong Bell 


3. Aktiviti seterusnya ialah Senamrobik sempena Hari Sukan Negara yang telah diadakan pada 11 Oktober 2024 iaitu pada hari Jumaat. Aktiviti senamrobik ini diadakan di Dataran Perhimpunan SKTPP. Kelihatan suasana pada Hari Sukan Negara ini sangat meriah, murid-murid bersemangat ketika mengikut gerak langkah guru di atas pentas. Kemuncak acara ini adalah sukaneka guru-guru. Sepajang aktiviti sukaneka berlangsung, murid tidak jemu bersorak dan memberi sokongan  kepada para guru yang menyertai pertandingan itu. Hari Sukan Negara ini adalah koloborasi diantara pusat sumber sekolah dengan unit kokurikulum. 

Penolong Kanan Petang yang sentiasa sporting menyertai aktiviti 

guru-guru yang sentiasa bersemangat 

1..2...3 senyum.. setelah penat bersenam kita bergambar kenang-kenangan

guru yang sentiasa ceria 

murid bersemangat mengikut gerak langkah guru di atas pentas

Suasana Hari Sukan Negara 2024


6. Saringan Pertandingan Terbuka
    • Saringan Pertandingan Nyanyian Solo ' The Nightingale' di dalam kelas. Sambutan dari murid-murid sangat menggalakkan. Tahniah! diucapkan kepada murid yang berjaya terpilih ke pusingan akhir. 




    • Saringan Pertandingan Hafazan ' Let's Recite & Retain. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya terpilih ke pusingan akhir.    


Peserta diberi taklimat sebelum acara bermula 
 


 Semoga dengan perkongsian aktiviti Bulan Pusat Sumber ini dapat memberi sedikit gambaran mengenai aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu kedua. Diharap murid-murid yang menyertai pertandingan dan aktiviti ini dapat menimba ilmu serta pengalaman yang berharga.      

Laporan disediakan oleh 
Nornadzirah binti Abd Rahim 
AJK Posting Blog 2024

No comments:

Post a Comment