Monday, September 27, 2010

Karnival Keluarga SKTPP 2010


Buat julung-julung kalinya, pihak sekolah dan pihak PIBG bergabung tenaga menjayakan Karnival Keluarga bagi Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.

Karnival ini akan dijalankan pada Sabtu 9 Oktober 2010, bermula pukul 8.00 pagi.  Pelbagai aktiviti jualan, pameran, permainan dan pertunjukkan telah dirancang untuk menjayakan program ini.  Murid-murid tahun 6, diberi peluang untuk membantu guru-guru melaksanakan program ini.

Karnival ini diadakan adalah untuk mengutip dana bagi menaiktaraf infrastruktur fizikal sekolah. Di samping itu, karnival ini akan memberikan pengalaman berguna kepada murid tahun 6 sebelum mereka menempuh gerbang sekolah menengah.

Dalam usaha untuk mengumpulkan dana ini, pihak sekolah amat memerlukan bantuan dan sumbangan dari segenap warga sekolah.  Sumbangan dan bantuan walau sekecil mana, mampu memberi impak yang besar dalam usaha membaikpulih prasarana sekolah yang semakin uzur.

Dibawah ini dilampirkan surat memohon sumbangan yang telah diedarkan kepada semua murid sejak 17 September yang lepas.



Diharap, semua warga sekolah akan memberikan sokongan terhadap usaha murni murid-murid tahun 6 dalam usaha membantu pihak sekolah.

No comments:

Post a Comment