Wednesday, September 22, 2010

Memakai pakaian sukan sepanjang hari persekolahan

Rujukan: KP/KPPM/5 (49) bertarikh 26 Julai 2010

KEBENARAN KHAS KEPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID YANG MELAKSANAKAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK) MEMAKAI PAKAIAN RASMI SUKAN SEPANJANG HARI.

Mesyuarat JK Induk Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010 memutuskan agar semua guru dan murid di sekolah rendah dan menengah yang melaksanakan mata pelalajaran PJK dikehendaki memakai pakaian sukan yang sesuai seperti berikut:
  1. Guru - memakai T-shirt berkolar, seluar sukan (track bottom) serta memakai kasut sukan dan berstokin putih
  2. Murid - memakai T-shirt berkolar atau tidak berkolar, seluar sukan (track bottom) serta memakai kasut sukan dan berstokin putih

KPM juga bersetuju memberi kelonggaran kepada guru dan murid yang melaksanakan mata pelajaran tersebut untuk memakai pakaian sukan sepanjang hari berkenaan.

Secara ringkasnya kalau ada subjek PJ pada hari tersebut, guru dan murid perlu memakai pakaian yang ditetapkan dan terus memakainya sepanjang hari tersebut.

No comments:

Post a Comment