Friday, September 24, 2010

Syabas Murid-murid Tahun 6!

Matermind program En. Azhar b. Man




Setelah 'merdeka' semalam, mereka masih mampu hadir ke sekolah dengan penuh semangat dan keceriaan. Syabas kepada semua pelajar dan ibubapa.

Satu taklimat tidak rasmi telah diadakan di Bilik Muzik. Ia dihadiri oleh Guru Besar, Penolong Kanan Akademik, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Turut hadir ialah dua orang guru kaunselor dan Pn. Mazaini. Taklimat lebih berkisar tentang kemasukan ke tingkatan 1 sama ada ke sekolah harian biasa mahupun ke sekolah berasrama. Seronok melihat wajah-wajah mereka tanpa stress di samping berani mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan masa depan mereka. Inilah antara wajah-wajah mereka.

3 comments:

  1. Salam Cikgu,

    Saya Norlia binti Mohammad, ibu kepada Nur Aisyah Munirah binti Faizal, pelajar Tahun 6 Stanum. Saya ingin mendapatkan penjelasan Cikgu berkenaan permohonan kemasukan ke SBP bagi sessi persekolah 2011 nanti. Saya difahamkan, salinan yang perlu dihantar ke sekolah yang dipohon hendaklah disertakan bersama salinan sijil-sijil yang telah disahkan.

    Nur Aisyah Munirah memaklumkan bahawa masih terdapat sejumlah besar sijil-sijil yang belum diserahkan kepadanya bagi aktiviti-aktiviti yang telah disertainya sepanjang sesi persekolah tahun ini. Malah ramai rakannya yang menghadapi situasi yang sama. Memandangkan tarikh akhir menghantar permohonan adalah pada 15 Oktober 2010, sukacita sekiranya pihak sekolah dapat mengatur agar sijil-sijil ini dapat diserahkan kepada para pelajar secepat mungkin. Tindakan Cikgu amat saya hargai.

    Saya juga ingin mngambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan SKTPP serta para guru atas usaha yang tidak mengenal penat dan dedikasi yang tinggi dalam menyediakan para calon UPSR 2010 untuk menghadapi peperiksaan yang lalu. Sebagai ibubapa, saya berdoa agar segala usaha di berkati dan hanay llah sahajalah yang dapat membalas budi Cikgu, para guru dan semua yang terlibat di SKTPP samada secara langsung atau sebaliknya.

    Salam hormat,
    Norlia Mohammad

    ReplyDelete
  2. Puan,
    Untuk mendapatkan sijil-sijil itu, anak puan kena berjumpa dengan guru kelas dan memberi senarai sijil yg sepatutnya dia perolehi. Guru kelas akan menyediakan sijil mengikut jawatan @ penglibatan anak puan.
    Harap maklum.

    ReplyDelete
  3. Salam Cikgu Ruby,

    Nur Aisyah sudahpun menyediakan senarai tersebut dan menurutnya, ia telah diserahkan kepada pejabat. Saya ambil maklum penjelasan Cikgu dan akan memintanya berbuat demikian.

    Terima kasih sekali lagi atas jawapan segera Cikgu Ruby.

    Salam,
    Norlia Mohammad

    ReplyDelete