Monday, September 27, 2010

Laporan Perhimpunan Pagi (27 September 2010)

Hari                : ISNIN
Tarikh             : 27 SEPTEMBER 2010
Masa              : 7.30 – 8.30 pagi

Guru Bertugas :
Puan Norlida
Puan Rubiaton
Puan Jamilah
Puan Hastipa
Puan Maimunah
Encik Norizmi

Laporan/Ulasan :
1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
- Bacaan doa diketuai oleh Hafiz (6 Titanium)
- Ikrar Rukun Negara oleh Puan Hastipa dan Ikrar Murid oleh Ketua Murid

2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Norazura)
- Selasa  hingga Khamis murid tidak bersekolah
- Murid tahun 6 perlu belajar seperti biasa walaupun telah habis UPSR
- Murid tahun 6 juga perlu menjaga disiplin diri sepanjang masa di      
  sekolah.
3. Ucapan Guru Bertugas (Puan Hastipa)
- mengumumkan nama-nama guru yang bertugas (sila lihat di atas)
- aktiviti kokurikulum berlangsung seperti biasa (aktiviti unit beruniform)

4. Perkataan LAWAD hari ini :
Bahasa Malaysia : BADAI
Bahasa Inggeris : MYSTERY
Bahasa Arab       : MAUZUN

5. Pengumuman :
5.1 Cikgu Rubiaton
- Membuat pengumuman tentang jualan kupon di depan bilik BOSS
- Meminta murid menyerahkan surat sumbangan kepada ibu bapa 
  supaya ibu bapa dapat memberi sumbangan barangan kepada 
  pihak sekolah.

5.2   Cikgu Azhar
- mengumumkan mengenai gerai permintaan lagu. Lagu boleh   
  ditujukan kepada kawan,guru atau ibu bapa.
- dapatkan borang permintaan lagu daripada beliau bermula hari 
  Rabu (29 Sept).
- satu borang berharga RM1.00

6. Ucapan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki :
-   Mengucapkan tahniah dan syabas kepada murid tahun 6 yang hadir ke sekolah

-   Beliau berharap agar murid-murid yang ada masalah, datang berjumpa dengan kaunselor sekolah.

-   Hari Karnival Keluarga dilaksanakan untuk mengutip dana bagi membaiki persekitaran sekolah.  Banyak aktiviti telah dirancang seperti penampilan personaliti Upin dan Ipin, permainan, flying fox dan banyak lagi. Semua ahli keluarga dijemput hadir.

-   Memohon sumbangan dari setiap ibu bapa dalam usaha mempertingkatkan prasarana sekolah. Sampaikan pesanan kepada ibu bapa untuk menderma bagi membantu pihak sekolah.

-   Memaklumkan mengenai 4 buah komputer yang diletakkan di laluan patriotik.  Harap murid akan menggunakan dengan cermat dan berhemah.  Jangan dirosakkan atau berebut-rebut semasa menggunakan komputer itu.  Kemudahan internet juga disediakan untuk murid memeriksa e-mel, mencari bahan pelajaran dan menggunakan moe-courseware.  Namun begitu laman web facebook tidak dibenarkan untuk akses di mana-mana komputer sekolah.

No comments:

Post a Comment