Wednesday, September 29, 2010

KELAS TASMEK BAGI TAHUN SATU

MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBUBAPA /PENJAGA MURID TAHUN SATU YANG BERAGAMA ISLAM KELAS TASMEK AKAN DIJALANKAN SEMULA PADA MINGGU HADAPAN HARI RABU, 6 HB OKTOBER 2010, JAM 12.30 -1.00 PTG

Tuesday, September 28, 2010

Laporan Perhimpunan Mingguan ( Sesi Petang)

Perhimpunan Mingguan sesi petang pada 27 September 2010 dibatalkan disebabkan hari hujan.

Monday, September 27, 2010

Karnival Keluarga SKTPP 2010


Buat julung-julung kalinya, pihak sekolah dan pihak PIBG bergabung tenaga menjayakan Karnival Keluarga bagi Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.

Karnival ini akan dijalankan pada Sabtu 9 Oktober 2010, bermula pukul 8.00 pagi.  Pelbagai aktiviti jualan, pameran, permainan dan pertunjukkan telah dirancang untuk menjayakan program ini.  Murid-murid tahun 6, diberi peluang untuk membantu guru-guru melaksanakan program ini.

Karnival ini diadakan adalah untuk mengutip dana bagi menaiktaraf infrastruktur fizikal sekolah. Di samping itu, karnival ini akan memberikan pengalaman berguna kepada murid tahun 6 sebelum mereka menempuh gerbang sekolah menengah.

Dalam usaha untuk mengumpulkan dana ini, pihak sekolah amat memerlukan bantuan dan sumbangan dari segenap warga sekolah.  Sumbangan dan bantuan walau sekecil mana, mampu memberi impak yang besar dalam usaha membaikpulih prasarana sekolah yang semakin uzur.

Dibawah ini dilampirkan surat memohon sumbangan yang telah diedarkan kepada semua murid sejak 17 September yang lepas.



Diharap, semua warga sekolah akan memberikan sokongan terhadap usaha murni murid-murid tahun 6 dalam usaha membantu pihak sekolah.

Laporan Perhimpunan Pagi (27 September 2010)

Hari                : ISNIN
Tarikh             : 27 SEPTEMBER 2010
Masa              : 7.30 – 8.30 pagi

Guru Bertugas :
Puan Norlida
Puan Rubiaton
Puan Jamilah
Puan Hastipa
Puan Maimunah
Encik Norizmi

Laporan/Ulasan :
1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
- Bacaan doa diketuai oleh Hafiz (6 Titanium)
- Ikrar Rukun Negara oleh Puan Hastipa dan Ikrar Murid oleh Ketua Murid

2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Norazura)
- Selasa  hingga Khamis murid tidak bersekolah
- Murid tahun 6 perlu belajar seperti biasa walaupun telah habis UPSR
- Murid tahun 6 juga perlu menjaga disiplin diri sepanjang masa di      
  sekolah.
3. Ucapan Guru Bertugas (Puan Hastipa)
- mengumumkan nama-nama guru yang bertugas (sila lihat di atas)
- aktiviti kokurikulum berlangsung seperti biasa (aktiviti unit beruniform)

4. Perkataan LAWAD hari ini :
Bahasa Malaysia : BADAI
Bahasa Inggeris : MYSTERY
Bahasa Arab       : MAUZUN

5. Pengumuman :
5.1 Cikgu Rubiaton
- Membuat pengumuman tentang jualan kupon di depan bilik BOSS
- Meminta murid menyerahkan surat sumbangan kepada ibu bapa 
  supaya ibu bapa dapat memberi sumbangan barangan kepada 
  pihak sekolah.

5.2   Cikgu Azhar
- mengumumkan mengenai gerai permintaan lagu. Lagu boleh   
  ditujukan kepada kawan,guru atau ibu bapa.
- dapatkan borang permintaan lagu daripada beliau bermula hari 
  Rabu (29 Sept).
- satu borang berharga RM1.00

6. Ucapan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki :
-   Mengucapkan tahniah dan syabas kepada murid tahun 6 yang hadir ke sekolah

-   Beliau berharap agar murid-murid yang ada masalah, datang berjumpa dengan kaunselor sekolah.

-   Hari Karnival Keluarga dilaksanakan untuk mengutip dana bagi membaiki persekitaran sekolah.  Banyak aktiviti telah dirancang seperti penampilan personaliti Upin dan Ipin, permainan, flying fox dan banyak lagi. Semua ahli keluarga dijemput hadir.

-   Memohon sumbangan dari setiap ibu bapa dalam usaha mempertingkatkan prasarana sekolah. Sampaikan pesanan kepada ibu bapa untuk menderma bagi membantu pihak sekolah.

-   Memaklumkan mengenai 4 buah komputer yang diletakkan di laluan patriotik.  Harap murid akan menggunakan dengan cermat dan berhemah.  Jangan dirosakkan atau berebut-rebut semasa menggunakan komputer itu.  Kemudahan internet juga disediakan untuk murid memeriksa e-mel, mencari bahan pelajaran dan menggunakan moe-courseware.  Namun begitu laman web facebook tidak dibenarkan untuk akses di mana-mana komputer sekolah.

Saturday, September 25, 2010

Penambahbaikkan Bilik j-Qaf


buku-buku rekod tasmek yang telah siap diisi


Kelas j-Qaf


Sudut BBM


Susunan Al-Quran


Kata-kata Hikmah


Buku rekod tasmek yang belum ditanda


sudut bahasa arab


Sudut bacaan


Susunan meja murid


sudut bahasa arab


papan kenyataan


sudut jawi


lakaran pada dinding masih dalam proses mewarna


ustazah sedang memilih BBM yang sesuai


ustazah sedang merekodkan buku tasmek


ustazah merekodkan buku tasmek


ustazah sedang memilih BBM yang sesuai


ustazah merekodkan dalam buku tasmek


ABM yang dilekatkan sebagai alat bantu mengajar


sudut bahasa arab


sudut bahasa arab


ABM yang dilekatkan sebagai alat bantu mengajar


Aktiviti yang dijalankan semasa penambahbaikkan bilik j-Qaf dan mengemaskini buku rekod tasmek.
Antara guru-guru yang terlibat adalah


Nora bt Sabihi
Norsyakila bt Rusly
Rosmaria bt Idris
Rozana bt Aziz
Norfairuzah bt Ahmad Ramli
Nahdatul Sima bt Mat Kairan
Hastipa bt Mat Daud
Zainudin b Kalam
Azzrul Afzzan b Md Arof
Rashidah bt Mahmed
Norsuriati bt Sulaiman
Aisyah bt Mohd Nor
Suraini bt Che Li

Friday, September 24, 2010

Syabas Murid-murid Tahun 6!

Matermind program En. Azhar b. Man




Setelah 'merdeka' semalam, mereka masih mampu hadir ke sekolah dengan penuh semangat dan keceriaan. Syabas kepada semua pelajar dan ibubapa.

Satu taklimat tidak rasmi telah diadakan di Bilik Muzik. Ia dihadiri oleh Guru Besar, Penolong Kanan Akademik, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Turut hadir ialah dua orang guru kaunselor dan Pn. Mazaini. Taklimat lebih berkisar tentang kemasukan ke tingkatan 1 sama ada ke sekolah harian biasa mahupun ke sekolah berasrama. Seronok melihat wajah-wajah mereka tanpa stress di samping berani mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan masa depan mereka. Inilah antara wajah-wajah mereka.

MAKLUMAN UNTUK MURID TAHUN 6

Melangkah ke alam sekolah menengah terbahagi kepada beberpa jenis sekolah (aliran perdana) seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Seni, Sekolah Sukan, Kelas Rancangan Khas (di sekolah harian), Kelas Aliran Agama dan sebagainya.

1. Penempatan Tingkatan 1
Semua pelajar ditempatkan di SMK Putra Perdana
- Tarikh tutup rayuan memohon ke sekolah lain ialah pada 30.09.2010 (telah ditutup)
- 3 salinan dokumen (bil)
- Keputusan rayuan akan diketahui mulai 15 Oktober 2010

2. Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Kepada yang berminat untuk memohon
- boleh diisi secara online
- atas kemahuan sendiri
- tidak boleh keluar dari SBP
- wajib dalam 1 tahun
- lapor dalam masa 7 hari bekerja
- dari aliran Sekolah kebangsaan
- di bawah kementerian pelajaran
- pilih satu sekolah sahaja
- biasiswa pada yang layak


3. Tawaran Kelas Rancangan Khas (KRK)/Kelas Aliran Agama (KAA)
- 5A @ 4A 1B (gred B bukan pd subjek Inggeris)
- SMK BBST
- SMK Dengkil
SMK Cyberjaya
SMK Datok Abu Bakar
borang keluar 1 November 2010
tarikh tutup selepas 2 minggu keputusan UPSR keluar

4.Program Tahun 6 sehingga hujung tahun
- Lawatan ke Virtual Reality Centre, MDeC Cyberjaya
- Lawatan ke Monumen Alaf Baru
- Program Membaca 1 Malaysia
- Ceramah Pencegahan Jenayah -TV3

5. MRSM (MARA - bukan Kementerian Pelajaran)
- boleh mohon secara online
- ada dua aliran iaitu biasa dan Ulul Albab (agama)
- Aliran biasa boleh dipohon oleh bumiputera dan bukan bumiputera dari SK
- Aliran Ulul Albab boleh dipohon oleh pelajar bumiputera dari SK, SRA Negeri dan SRA Rakyat. Ada 2 buah iaitu di Kelantan dan Negeri Sembilan
- Pemohon yang ditawarkan ke SBP KPM tidak akan ditawarkan ke MRSM
- sebarang pertanyaan dan masalah sila hubungi MARA di 0326903765


6. Sekolah Sukan (Bahagian Sukan, KPM)
- Selain SBP dan MRSM, boleh juga memohon ke sekolah sukan
- Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor

7. Sekolah Seni (Bahagian Seni dan Kokurikulum, KPM)
- terdapat di Johor Bahru dan Sarawak
- temuduga pada mereka yang memohon dan disenaraipendekkan ialah pada 28 September

Untuk maklumat lanjut, boleh berjumpa dengan GPK Hal Ehwal Murid Puan Jamilah Ariffin atau mana-mana guru kaunseling.

Wednesday, September 22, 2010

Peperiksaan UPSR 2010


Sebahagian daripada Calon UPSR 2010

Bermula 21 September  hingga 23 September, semua murid tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR bagi tahun 2010.  Seramai 395 orang calon menduduki UPSR pada tahun ini.

 Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sepanjang perjalanan peperiksaan itu berlangsung.

Calon mencari bilik peperiksaan masing-masing sambil dibantu oleh para guru

Barisan guru yang turut hadir untuk memberi sokongan kepada semua calon

Taklimat akhir subjek Sains dan B.Inggeris diberikan kepada calon-calon sebelum menghadapi peperiksaan


~Semua warga SKTPP mendoakan kejayaan murid-murid tahun 6~

Memakai pakaian sukan sepanjang hari persekolahan

Rujukan: KP/KPPM/5 (49) bertarikh 26 Julai 2010

KEBENARAN KHAS KEPADA GURU-GURU DAN MURID-MURID YANG MELAKSANAKAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK) MEMAKAI PAKAIAN RASMI SUKAN SEPANJANG HARI.

Mesyuarat JK Induk Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010 memutuskan agar semua guru dan murid di sekolah rendah dan menengah yang melaksanakan mata pelalajaran PJK dikehendaki memakai pakaian sukan yang sesuai seperti berikut:
  1. Guru - memakai T-shirt berkolar, seluar sukan (track bottom) serta memakai kasut sukan dan berstokin putih
  2. Murid - memakai T-shirt berkolar atau tidak berkolar, seluar sukan (track bottom) serta memakai kasut sukan dan berstokin putih

KPM juga bersetuju memberi kelonggaran kepada guru dan murid yang melaksanakan mata pelajaran tersebut untuk memakai pakaian sukan sepanjang hari berkenaan.

Secara ringkasnya kalau ada subjek PJ pada hari tersebut, guru dan murid perlu memakai pakaian yang ditetapkan dan terus memakainya sepanjang hari tersebut.

Tuesday, September 21, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PETANG (20 SEPTEMBER 2010)

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN
Hari : ISNIN
Tarikh : 20 SEPTEMBER 2010
Masa : 5.00 – 6.30 petang
Guru Bertugas :
Pn. Siti Rabiaah Bt. Mohammad
Pn. Nor Khusaini bt. Salehudin
Pn. Norazian bt. Mat Anuar
Pn. Salwana bt Elias
En. Rozana bt. Aziz
En. Wan Mohd. Roswandy b. Wan Ibrahim
Pn. Rozimah bt. Yaakob
Laporan/Ulasan1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
2. Bacaan doa diketuai oleh Abdul Wafy bin Helmi
3. Ikrar Rukun Negara dan Murid
4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :( En Ezzol Fitri )
4.1. Murid-murid hendaklah hadir ke sekolah seperti biasa walaupun hanya satu hari sahaja.
5.Ucapan Guru Bertugas : (Pn Azian bt Mat Anuar )
5.1 Memperkenalkan guru bertugas minggu ini
5.2 Murid-murid diingatkan supaya mematuhi disiplin yang telah ditetapkan.
6. Perkataan LAWAD hari ini :
Bahasa Malaysia : WAS-WAS
Bahasa Inggeris : SEE
Bahasa Arab : JAMALUN

7. Ucapan Guru Disiplin(Pn.Yani bt Muhamad Syarif)
7.1 Peraturan berbasikal
7.2 Penghantaran murid ke sekolah oleh ibu bapa
7.3 Kekemasan diri
7.4 Peraturan ke bilik-bilik khas
7.5 Penggunaan alat elektrik

8. Ucapan Penolong Kanan (Pn Siti Hanim Bt Sungit)

8.1 Masalah murid yang lewat ke dewan terbuka
Murid-murid dinasihatkan supaya berkumpul di dewan terbuka pada masa yang ditetapkan. Sekiranya lewat tiba, murid tersebut akan didenda dengan mengutip sampah di persekitaran sekolah.

8.2 Penguasaan Sifir
Murid-murid perlu menguasai sifir agar pembelajaran matematik menjadi lebih mudah. Walau bagaimanapun, ramai murid yang lemah di dalam sifir. Justeru itu, murid-murid perlu menguasai sifir mereka. Murid yang dipilih oleh beliau diminta membaca sifir di hadapan perhimpunan.

8.3 Menyoal tentang perkataan LAWAD bulan lepas.
Dua orang pelajar telah berjaya menjawab perkataan LAWAD tersebut iaitu Iskandar Muqri (3 Nuri) dan Nur Aliesya( 4 Linux).

8.4 Amalan pengucapan terima kasih
Murid-murid diingatkan supaya sentiasa mengucapkan terima kasih
setiap kali menerima hadiah dan sentiasa memberi salam apabila
bertemu guru walau di mana sahaja.

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN (SESI PAGI) MINGGU KE 34

Hari: Isnin
Tarikh: 20 September 2010
Mula perhimpunan: 7.45 hingga 8.15 pagi
Guru bertugas:
1. En. Saifullah
2. En. Tarmiji
3. Pn. Juli Mahbah
4. Pn. Nor Azura Binti Mohamad Asir
5. Pn. Rosmawati
6. Pn. Norli
7.Pn. Norjhan

Laporan/Ulasan:
1. Upacara menaikkan bendera bagi Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

Pergerakkan Puteri Islam
- Nur Izzah Nasrin Bt Mohd Zaidi (5 Iris)
- Nurul Afiqah Bt Safie (5Lotus)
- Nur Shahirah Bt Roslan (5Alamanda)
- Nur Sakinah Bt Rakes Junaidi
- Nurul Hanis
- Nur Aina Izzaty Bt Mohd Yazid (5Tulip)
-Nur Afiqah (5 Carnation)

2. Bacaan Doa oleh: Adik Mohd Syazwan
3. Ikrar Rukun Negara: Pn. Juli Mahbah
4. Ikrar Murid : Adik Syed Noor Aiman

5.Laporan guru bertugas minggu lepas – Puan Zaleha
Teguran tentang kedatangan murid pada hari Jumaat yang kurang menggalakan sedangkan pada hari tersebut adalah hari persekolahan.
6.Ucapan guru bertugas minggu ini. – Puan Juli Mahbah
• memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini dan jika terdapat sebarang masalah mereka boleh memaklumkan pada guru bertugas.
• memaklumkan mengenai peperiksaan UPSR yang bermula dari 21 September hingga 23 September 2010

7. Persembahan minggu kokorikulum dari Kelab Rukun Negara (berpantun) oleh:
-Subasree (5 Gardenia)
-Jayget (5 Gardenia)
- Arissa(5 Orkid)
8. Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan sempena bulan kemerdekaan anjuran panitia Kajian Tempatan.
-Pertandingan tulisan cantik tahun 1,5 dan 6
-Pertandingan kain rentang tahun 5
-Pertandingan keceriaan kelas sempena kemerdekaan



9.Ucapan dari Puan Rubiaton
- Memaklumkan pengenai penjualan kupon dan setiap pembelian akan disertai dengan resit pembelian sempena Hari Karnival Sekolah dan kaunter penjualan akan dibuka bermula hari Jumaat di hadapan tapak perhimpunan yang dikendalikan oleh Cikgu Rubiaton dan Cikgu Maimunah.
10.Ucapan dari Tuan Guru Besar

• Mengingatkan kepada murid yang tidak menghadapi peperiksaan supaya menjaga diri sepanjang tiga hari peperiksaan UPSR kerana mereka direhatkan dari persekolahan dan mendoakan kejayaan murid yang akan menghadapai peperiksaan UPSR.
• Memaklumkan mengenai penjualan kupon semperna Hari Karnival,setiap pembelian yang dibuat oleh murid akan diberikan resit dan kupon akan diberikan kemudian sebelum Hari Karnival.
• Guru Besar juga meningatkan murid tentang pentingnya kunjung mengunjungi, menjaga keperibadian diri,jati diri dan tidak lupa pada usul asal kita.
• Memaklumkan 398 murid akan menghadapi peperikasaan UPSR mulai 21 September hingga 23 September 2010.

Monday, September 20, 2010

Senarai Alamat Emel Terbaru ( 20 September 2010)

Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana
Jalan Putra Perdana 3B
47130 Puchong
Tel: 0196752004
Fax: 0383194221
Guru Besar : sukimin@gmail.com,
Pn Siti Habsah: hisba65@yahoo.com,
Pn Shymala : shaisrajah@yahoo.com,
Pn Rozimah : amatrozi71@gmail.com,
Pn Zulastri : faizulastri@gmail.com,
Pn Norhafiza : aimyja@yahoo.com,
Pn Rubiaton : rubieey@yahoo.com,
Pn Halimaton : matunhassan@gmail.com,
Pn Hanawati Alinda : hanawati77@gmail.com
Pn Ummi Maslinda : ummimaslinda@gmail.com,
Pn Roslina : m.irfaniman@gmail.com,
Pn Norlela : lelahashim@gmail.com,
En Norizmi : nor_izmi@yahoo.com,
En Mahadir : mahadir202@yahoo.com,
Pn Ezza : ezzahz@yahoo.com,
Pn Suriani : suribeauty@yahoo.com,
Pn Parimala : kaviya1981@gmail.com,
Pn Anismawati : noranis72@hotmail.com,
En Hafiz : hafizmn@gmail.com,
Pn Nik Kamisah : nika3232659@oum.edu.my,
Pn Rosmawati : rosmadesa@yahoo.com,
En Tarmiji : tarmiji67@yahoo.com,
Pn Syukri Hidayati : atiaizain@gmail.com,
Pn Zailezah : zailezah@gmail.com,
En Shahrizal : shahriz_al@yahoo.com.my,
Pn Rosmizawati : mieyzarif@gmail.com,
Pn Norasmawati :norasmawatiomar@yahoo.com,
Pn Ainul Balkhish : keech2211@gmail.com,
Pn Noriza : norizamd@gmail.com,
Pn Mazzaini : mazzainimuda@yahoo.com.my,
Pn Wan Sarinah : wansarinah@gmail.com,
Pn Wan Rosmawati : rosmawati2009@live.com,
Pn Noor Suriati : suezmi@yahoo.com,
Pn Nor Azura Asir : azuraasir@yahoo.com,
Pn Norlida : norissnida@yahoo.com,
Pn Jamilah Yusof : jmysktpp@yahoo.com.my,
En Azhar : azharzaa@gmail.com,
En Kamarulzaman : kaka_kama82@yahoo.com,
Pn Noorjhan : noor_jhan@yahoo.com,
En Saifullah : hallufias75@yahoo.com,
Pn Hastipa : hastipa_md@yahoo.com,
Pn Fairuzah : anhazsyifaa@yahoo.com,
Pn Nahdatul Sima : nahdatulsima@gmail.com,
En Hamidi : midie1882@gmail.com,
En Rusydan :de76be@yahoo.com,
Ahmad Musrizuan : wan_musrizuan@yahoo.com
Guru Sesi Petang
Pn Siti Rabiaah : sitirabiaah@yahoo.com,
Pn Fadhilah : mohdrasul84@yahoo.com,
Pn Norazah : azahali2@yahoo.com,
Pn Nik Rosmaliza : nikrosmaliza@yahoo.com,
Pn Bhanumathi : shanirisi@gmail.com,
Pn Arjunawati : aj_sharz@yahoo.com,
Pn Nor Khusaini :Nor_khusaini@yahoo.com.my,
Pn Nor-azura : azuramustafa@yahoo.com,
Pn Norhayati : norhayati62@gmail.com,
Pn Norazian : tcher_yan@yahoo.com,
Pn Noorhafizan : noor_hafizan@yahoo.com.my,
Pn Norinna : nurein_7171@yahoo.com,
Pn Nurhayu : hayu_ju@yahoo.com,
Pn Roseniza : roseniza2010@gmail.com,
Pn Nurrulhuda : nurul_yfs@yahoo.com.my,
Pn Siti Baizura : sheribai_wakira@yahoo.com,
Pn Nurulfadillah : nurmie_81@yahoo.com,
Pn Salwana : ummiesabiel@yahoo.com,
Pn Umi Nadzrah : zahamina@gmail.com,
Pn Noor Azila : azilatpp@gmail.com,
En Kamarul : bgt322@gmail.com,
Pn Shurhama : shurhama71@yahoo.com,
En Ezol Fitri : eizry6979@yahoo.com,
Pn Jin Nee : jjin_nee@hotmail.com,
Pn Rashidah : balqis_69@yahoo.com,
Pn Hasmawate : cikmahanafi@yahoo.com,
En Aspal : amarpg8@gmail.com,
En W.M Roswandy : wmr_fg@yahoo.com,
Pn Nazahiyah : aijaysi@yahoo.com,
Pn Suraini : sue_mie17@yahoo.com,
Pn Rosmaria : rosmaria10@gmaill.com,
Pn Nurul Ain : aieyn_84@yahoo.com,
Nur Malisha :shalis84@yahoo.com,

Staf Sokongan SKTPP
Pn Mizuanita :mizua28@yahoo.com,
Pn Syarifah : hanyz79@yahoo.com,
Pn Siti Fadzillah : ctfadzillah@yahoo.com,
Pn Khatijah : khatiejah@gmail.com,
Pn Noordiana : sufi_diana@yahoo.com.my,
Pn Nurul Azean : pipycm@yahoo.com.my,
Pn Suridah : suridahyen@yahoo.com,
Cik Widiawati : atie2309@yahoo.com.my,

YDP Haji Shaharuddin B Ajam : nijuyon@streamyx.com, nijuyon24@gmail.com,
NYDP En Rushdan B Mohamed : rushdan.qrm@gmail.com,
AJK : En Mohamad Sani B Awang :
Juruaudit: En Hussain B Sulaiman (PIBG) :
Pn Azwani Bt Mohamed Noordin (Guru) : wanienoordin@gmail.com,

Majlis Mohon Restu

Pada pukul 12 tengah hari tadi, berlangsungnya majlis ringkas Mohon Restu untuk murid-murid tahun 6, bersempena dengan peperiksaan UPSR 2010 yang akan bermula pada esok hari 21 September 2010 hinggalah 23 September 2010.

Berikut adalah sedikit gambar sepanjang majlis diadakan :


Encik Sukimin selaku Guru Besar menyampaikan amanat dan pesanan terakhir kepada semua murid


Murid beratur dan mendengar amanat daripada Guru Besar


Guru-guru bersedia untuk bersalam dengan semua murid



Tuesday, September 14, 2010

Tip Peperiksaan UPSR - BM Penulisan

Tip Peperiksaan UPSR: Calon perlu tenang bagi mudahkan menjawab soalan
Bahasa Melayu Penulisan

BAGI mengelakkan rasa gemuruh dan kelam-kabut sebelum menduduki peperiksaan, calon dinasihatkan datang awal ke sekolah atau dewan peperiksaan. Persediaan awal penting kerana untuk menduduki kertas Bahasa Melayu Penulisan, calon perlu benar-benar bersedia dan tenang bagi memudahkan mendapat idea bernas ketika menulis karangan.
Sebagai ulang kaji, kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A membabitkan pembinaan ayat berdasarkan gambar, Bahagian B pula karangan, manakala Bahagian C berkaitan membuat ulasan. Ketiga-tiga bahagian ini mesti dijawab.

BAHAGIAN A
Untuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan peruntukan 10 markah. Untuk mendapat markah penuh tidaklah begitu susah kerana calon perlu melakukan empat langkah, iaitu:

Langkah pertama

Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam Bahagian A ada tiga iaitu "tentang", "aktiviti" atau "situasi". Kunci soalan juga boleh diperoleh dalam gambar. Contohnya dalam UPSR 2008, terdapat ayat "Cara-Cara Melintas Jalan Raya Dengan Selamat". Ayat tersebut boleh calon gunakan ketika membina ayat. Walau apapun kunci soalan yang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon dinasihatkan agar memulakan ayat dengan subjek (watak).
Langkah kedua

Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar. Antara caranya ialah dengan membulatkan watak dalam gambar dan tuliskan kata kerja yang berkaitan. Cikgu cadangkan calon membuat lima bulatan sahaja bagi mewakili lima ayat. Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang berkaitan.



Langkah ketiga

Calon membina ayat berdasarkan kata kerja yang disenaraikan. Dinasihatkan calon membina ayat lebih daripada lapan patah perkataan dan yang paling penting, mulakan ayat dengan subjek (watak). Selepas subjek, tulis kata kerja yang berkaitan dan akhiri ayat dengan maklumat (di mana, bagaimana dan mengapa).

Contoh: Beberapa orang murid (siapa) sedang melukis dan mewarna (kata kerja) di dalam dewan sekolah (di mana) kerana menyertai pertandingan melukis sempena Hari Kebangsaan. (mengapa) Jawapan contoh: Beberapa orang murid sedang melukis dan mewarna lukisan di dalam ketika menyertai pertandingan lukisan sempena Hari Kebangsaan.

Langkah keempat

Semak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan elakkan daripada membina ayat pasif. Semak ejaan agar tidak ada yang salah. Jangan gunakan perkataan yang calon tidak pasti ejaannya.

Kesalahan ejaan boleh menjejaskan markah. Begitu juga dengan kosa kata atau perbendaharaan kata yang digunakan mestilah tepat. Contohnya, antara "memangkas" dengan "mencantas" dan "membelah" dengan "mengerat". Penggunaannya mengikut konteks ayat.

Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh membawa maksud yang berbeza. Contohnya, "Ayah menjual ikan" dengan "Ayah penjual ikan". Kedua-dua ayat ini membawa maksud berbeza disebabkan penggunaan imbuhan.

Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat yang dibina bermula dengan huruf besar. Setiap ayat yang dibina mestilah mempunyai noktah. Jika calon menggunakan nama orang, pastikan perkataan awal huruf besar kerana nama orang adalah nama khas.

Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat. Contohnya, ayat di atas terdapat tiga kata kerja iaitu menyertai, melukis dan mewarna. Selain itu, calon tidak perlu mengulang kata kerja yang sama pada orang yang sama untuk ayat seterusnya. Ini dikatakan sebagai pengulangan ayat.

Seterusnya, pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan jawapan yang disediakan tidak cukup, mintalah kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Jika tulisan kecil, calon dinasihatkan agar selang satu baris antara ayat yang dibina agar lebih kemas dan teratur.



BAHAGIAN B

Untuk menjawab soalan bahagian ini, calon perlu banyak membaca bagi menghasilkan karangan yang baik.

Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini ialah 40 minit. Petua untuk Bahagian B, calon mesti menggunakan FMK (Formula Menulis Karangan), iaitu kaedah menulis karangan berdasarkan perenggan 233332.

Setiap karangan mempunyai enam perenggan. 233332 bermaksud perenggan pertama dan keenam mempunyai dua ayat, manakala perenggan kedua hingga kelima, masing-masing tiga ayat.

Calon dinasihatkan agar selang satu baris antara perenggan yang dibuat agar karangan dihasilkan kelihatan lebih kemas.

Untuk menghasilkan karangan yang baik, calon haruslah melakukan empat langkah.

Langkah pertama - Pilih soalan

Calon mesti membaca semua soalan terlebih dahulu sebelum memilih soalan yang hendak dijawab. Pilih soalan yang banyak isi berdasarkan pengalaman calon agar mudah untuk menulis karangan. Ini kerana ada juga karangan yang senang tajuknya tetapi calon sukar mencari isinya.

Calon juga perlu mencari kunci soalan, kehendak soalan, format dan jenis karangan. Contohnya: Pada suatu petang, anda bersiar-siar dengan seorang rakan di tepi pantai. Tiba-tiba anda terdengar jeritan orang meminta tolong.

Ceritakan tindakan anda dan kawan anda ketika itu. Kunci soalan ini ialah "Ceritakan tindakan". Kehendak soalan ialah "menceritakan tindakan selepas mendengar jeritan", manakala format dan jenis karangan ialah cerita dan karangan tidak berformat. Langkah dicadangkan ini boleh membantu calon mengelakkan daripada menulis karangan terpesong.

Langkah kedua - Merangka karangan

Gunakan kaedah merangka karangan yang telah dipelajari sama ada "Peta Minda", "Melakar Isi" atau "Teknik Penyoalan".

Langkah ketiga - Menulis karangan

Pastikan ada enam perenggan. Pastikan juga tidak tersilap menulis perenggan pendahuluan kerana ada calon yang masukkan isi dalam perenggan pengenalan itu. Contohnya:

1. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Antaranya ialah kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

2. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Kita boleh melancong di dalam atau luar negara.

Jawapan yang tepat sebagai pendahuluan adalah jawapan 2. Untuk karangan fakta, calon boleh menulis karangan dengan menggunakan kaedah ICK iaitu isi, contoh dan kesan atau IKC (isi, kesan dan contoh).

Untuk perenggan penutup, calon boleh gunakan pelbagai jenis penutup seperti dalam bentuk rumusan, nilai, pantun, penegasan, peribahasa, kata hikmah dan pendirian.

Langkah keempat - Semak karangan

Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul sebelum beralih untuk menjawab Bahagian C.



BAHAGIAN C

Bahagian C memperuntukkan markah sebanyak 20 dan masanya 20 minit sahaja. Oleh itu, calon mesti bijak menggunakan masa untuk menjawab soalan bahagian ini.

Konsep Bahagian C ialah mengecam nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan diberikan. Lantaran itu, calon mesti mengecam, mencari, mengenal dan mendapatkan nilai murni atau pengajaran yang terkandung dalam petikan itu.

Calon juga mesti tahu membezakan antara perbuatan dengan nilai murni atau pengajaran. Contohnya: Abang mengucapkan terima kasih kepada adik kerana mengeluarkan barang-barang dari dalam bilik itu. Pengajaran bagi ayat ini ialah "menghargai", manakala perbuatan yang menunjukkan adanya pengajaran ialah "Abang mengucapkan terima kasih".

Membezakan antara perbuatan dengan pengajaran penting agar calon tidak tersilap mengulas pengajaran yang sepatutnya. Untuk menghasilkan jawapan yang baik, empat langkah dicadangkan iaitu:

Langkah pertama

Baca petikan sekali lalu untuk memahami kandungannya. Kemudian, baca sekali lagi dan gariskan perkataan yang menunjukkan terdapatnya nilai murni atau pengajaran. Contohnya: Zaidi selalu mengulang kaji pelajaran pada waktu malam. Perkataan yang menunjukkan ada pengajaran ialah "mengulang kaji". Walaupun perlu mengulas lima pengajaran sahaja, calon dinasihatkan agar mencari seberapa banyak pengajaran yang ada dalam petikan.

Langkah kedua

Calon perlu memilih lima pengajaran yang ingin diulas dan binalah rangka ulasan. Contohnya:

a) Pengajaran - Rajin
b) Perbuatan - mengulang kaji pelajaran
c) Mengapa - lulus periksa

Langkah ketiga

Membina ulasan lengkap, contohnya: Kita mestilah rajin dengan mengulang kaji pelajaran agar lulus dalam peperiksaan. Ulasan mesti ditulis dalam satu perenggan. Oleh itu, gunakan penanda wacana agar ayat yang dibina lebih menarik.

Langkah keempat

Semak ulasan yang telah ditulis. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul.

Oleh sebab masa diberikan untuk menjawab ketiga-tiga bahagian dalam kertas ini agak singkat, iaitu 1 jam 15 minit, calon perlu bijak menguruskannya. Masa yang dicadangkan untuk Bahagian A ialah tiga minit untuk memahami gambar, lima minit tulis ayat dan dua minit untuk menyemak. Untuk Bahagian B (10 minit faham soalan dan bina rangka karangan, 25 minit hasilkan karangan lengkap dan lima minit lagi untuk semakan).

Untuk Bahagian C (lima minit cari dan senaraikan nilai murni atau pengajaran, 10 minit tulis ulasan lengkap dan lima minit lagi menyemak). Lima minit terakhir, gunakan untuk semak semua jawapan Bahagian A, B dan C

Monday, September 13, 2010

MAJLIS KHATAM AL QURAN PERINGKAT SEKOLAH SKTPP (SESI PETANG)

Majlis Khatam Al Quran peringkat sekolah telah diadakan pada 1 September 2010 di dewan terbuka SKTPP. Majlis dihadiri Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki dan Penolong Kanan Petang, Puan Siti Hanim binti Sungit. Majlis bermula jam 3.40 petang. Seramai 100 orang murid menyertai tadarus pada 1 Ramadhan hingga 14 Ramadhan 1431 H. 22 orang daripada peserta tadarus terpilih untuk memperdengarkan bacaan sambil dibimbing oleh Ustaz Mohd Azzrul Affzan bin Md Arof. Berikut adalah suasana majlis tersebut :

Murid-murid Tahun 3 dan 4 berkumpul di dewan terbuka

Ucapan daripada Guru Besar



Persembahan nasyid oleh murid Tahun 4


Penyampaian cenderahati kepada peserta tadarus dan khatam al Quran


Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim oleh Guru Besar




Barisan guru yang turut menjayakan majlis

Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak langsung.