Monday, February 21, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN

Hari : ISNIN

Tarikh : 21 FEBRUARI 2011

Masa : 7.30-8.00 pagi

Guru Bertugas

En. Tarmiji Sabali
Pn. Zailezah bt Sardi
Pn. Zuraini bt Ismail
Pn. Umi Nadzrah Muhamad
En. Jamilullail Mohd Junit
En. Ismarizal Ismail
Pn. Norfairuzah


Ulasan:

1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah
2. Bacaan doa oleh pengawas bertugas
3. Ikrar Rukun Negara dan Murid

4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :( En. Pazli Zawawi)
4.1. Murid-murid diingatkan agar tidak mengamalkan tabiat suka membuang sampah
di dalam laci meja.
4.2. Murid-murid dilarang berlari di koridor atas faktor keselamatan.
4.3. Semua murid haruslah sentiasa menghormati semua guru yang ada walaupun guru
tersebut tidak mengajar mereka.

5.Ucapan Guru Bertugas : (En. Tarmiji Sabali) 5.1 Memperkenalkan guru bertugas minggu ini
5.2 Tema - "Sayangi Sekolah"
a) menyayangi sekolah
- sama-sama menjaga persekitaran agar sentiasa bersih
- tidak merosakkan bunga yang menghiasi kawasan sekolah
- memanfaatkan laluan patriotik yang mempunyai unsur sejarah dan kata-
kata hikmah
b) bangga terhadap sekolah
- pencapaian dalam sukan contohnya pasukan ping pong sekolah kita telah
menjadi johan peringkat MSSD
- keputusan UPSR 2010 amat membanggakan dan diharapkan menjadi pendorong
kepada murid tahun 6 2011
c) Sekolahku Syurgaku
5.3 Sempena PKSR 1 pada minggu hadapan murid-murid dinasihatkan membuat ulang
kaji dan persediaan yang secukupnya. Oleh itu kelas tambahan tahun 6 pada
minggu hadapan dibatalkan.
5.4 Jadual PEPTALK untuk tahun 6 hari ini ialah kelas 6 Iris dan 6 Lily.

6. Perkataan LAWAD hari ini :
Bahasa Malaysia : RANUM
Bahasa Inggeris : CARRY
Bahasa Arab : AL ULUM (SAINS)

7. Ucapan Pn.Zaleha (Guru disiplin)
7.1 Memaklumkan peraturan sekolah, pelajar tidak boleh membawa barang berharga
atau elektronik seperti telefon dan MP3.
7.1.1 Barang berharga yang dirampas hanya ibubapa penjaga yang boleh menuntut.

8. Ucapan Guru Besar 8.1 Menerangkan lebih lanjut tema minggu ini yang dikaitkan dengan
peribahasa "Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung"
8.1.1 Menyarankan agar pelajar menyayangi sekolah sendiri dan berbangga
dengan kemajuan yang telah dicapai oleh sekolah selama ini.
8.2 Mengucapkan tahniah kepada Pasukan Ping Pong sekolah yang meraih kemenangan
dalam pertandingan di bawah bimbingan Cikgu Kamarul, sambil mengaitkan
kejayaan ini dengan sayangnya pasukan sekolah dalam mengharumkan nama sekolah.
8.3 Pelajar juga perlu bangga dengan segala kemudahan yang dinikmati dan
disediakan seperti tandas, makmal dan komputer di Laluan Patriotik berbeza
dengan sekolah lain.
8.4 Mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru-guru dan murid-murid yang
menyambut dan melayan kedatangan mahasiswa salah sebuah universiti dari
Thailand.



- Disediakan oleh : Pn. Zailezah Sardi

No comments:

Post a Comment