... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, February 14, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 7

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN
Hari : ISNIN
Tarikh : 14 FEBRUARI 2011
Masa : 7.30-8.00 pagi
Guru Bertugas :
Pn. Rosmizawati Bt Yusub
Pn. Nor Azura Bt Mohamad Asir
Pn. Rosmaria Bt Idris
Pn. Roseniza Bt Setapa
Pn. Nahdatul Sima Bt Mat Kairan
En. Pazli Bt Zawawi


Laporan/Ulasan1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
2. Bacaan doa diketuai oleh Amirul Naim
3. Ikrar Rukun Negara dan Murid
4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :( Pn. Mazzaini Muda)
4.1. Murid-murid bising semasa berbaris di Dewan Perdana dan Dewam Putra sebelum menuju ke kelas selepas rehat.
4.2. Ada di antara murid yang tidak bertanggung jawab meludah sesuka hati dari tingkat atas.
4.3. Peringatan mengenai penggunaan pintu pagar:
-Pintu pagar utama (A) untuk kereta guru keluar dan masuk.
-Pintu pagar kecil (A) untuk pejalan kaki
-pintu besar (A) di belakang pondok jaga untuk penunggang basikal.
-Pintu pagar (B) untuk murid yang menaiki van dan pengangkutan lain.
4.4. Sampah sarap dibuang merata-rata seperti botol vitagen,plastik makanan dan pembalut nasi lemak yang diselitkan di tepi tingkap.
5.Ucapan Guru Bertugas : (Pn Rosmizawati Bt Yusub)
5.1 Memperkenalkan guru bertugas minggu ini
5.2 Murid-murid dingatkan tentang sikap yang perlu diterapkan pada diri masing-masing iaitu sayangi guru dan rakan-rakan. Cara menghormati mereka dan kepentingan mereka pada setiap individu.
5.3 Kempen kitar semula sedang dijalankan oleh pihak sekolah. Murid boleh membawa barang-barang terpakai seperti surat khabar lama,majalah,kotak minuman dan sebagainya untuk disumbangkan kepada pihak sekolah pada hari Rabu,Khamis dan Jumaat. Semua barang tersebut boleh diletakkan di hadapan surau.

6. Perkataan LAWAD hari ini :
Bahasa Malaysia : ADIK
Bahasa Inggeris : LEFT
Bahasa Arab : MAN (SIAPA)
7. Penyampaian sijil pencapaian dan piala pusingan kejohanan ping pong MSSD Sepang.
8. Persembahan Pentomin dari murid Persatuan Agama Islam.
9. Ucapan Penolong Kanan (Pn Jamilah Bt Ariffin)

9.1 Membuang sampah merata-rata
Murid dikehendaki membuang sampah ke dalam tong sampah dengan cara berhemah.
.

9.2 Penggunaan tandas
Tandas di tingkat dua ditutup sementara untuk kerja penyelenggaraan. Murid juga dinasihatkan tidak membuang sampah atau tuala wanita ke dalam lubang tandas.

9.3 Sikap sopan santun dan hormat kepada semua orang sama ada guru, pekerja-pekerja dan pengawal keselamatan sekolah kerana itu adalah sikap yang baik dan patut dijadikan amalan.

No comments:

Post a Comment