... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, February 17, 2011

Perhimpunan Rasmi Sekolah Minggu ke 7


Laporan Perhimpunan Rasmi Hari Isnin Minggu Ke-7 (Sesi Petang)


Hari : Isnin
Tarikh :14 Febuari 2011
Masa : 6.10 pm - 6.40 pm

Tema : Sayangi Guru dan Rakan Anda


Guru bertugas:

  1. Puan Zabedah binti Othman
  2. Puan Ainul Balkhish binti Mohd Aris
  3. Encik Ahmad Zunaidi
  4. Puan Nor Khusaini binti Salehudin
  5. Puan Nazahiyah binti Ab Rahman
  6. Puan Nor Holwani binti Yahaya

A. Laporan/Ulasan:

1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Lagu telah dipimpin oleh Puan Noranismawati.
2. Bacaan doa diketuai oleh Adik Norzaimi Qusyairy bin Salehuddin (3 Merbau)
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Encik Ahmad Zunaidi
4. Bacaan ikrar murid oleh Adik Aniq Iqbal bin Zulkarnain (3 Seraya)

5. Upacara menaikkan bendera telah dijalankan oleh pasukan Tunas Pandu Puteri dibawah pimpinan Puan Ainul Balkhish.

B. Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Arnny Yusnita)

Puan Arnny memulakan ucapan dengan sepotong hadis yang bermaksud “kebersihan adalah sebahagian daripada iman”. Beliau menyeru para murid agar sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan diri dan kelas. Ini kerana, didapati masih terdapat kelas yang kotor dengan sampah sarap yang berterabur dan lantai yang tidak bersapu. Beliau menyarankan agar memperuntukkan lima minit yang pertama untuk membersih dan mengemas kelas. Beliau juga menyentuh tentang beberapa kejadian sakit perut yang dialami oleh murid pada minggu lepas yang berkemungkinan daripada pengendalian makanan yang tidak bersih dimana murid tidak mencuci tangan dengan betul sebelum dan semasa makan.

C. Ucapan Guru Bertugas (Encik Ahmad Zunaidi)

Guru adalah insan yang wajib dihormati kerana guru memainkan peranan yang besar dalam mendidik dan membimbing para murid. Guru mengasuh dan mendidik dari yang tidak mengenal ABC menjadi insan yang boleh membaca. Guru membimbing dari yang tidak tahu 123 menjadi insan yang pandai mengira. Kerana besarnya jasa guru,maka guru haruslah dihormati. Perintah guru hendaklah dipatuhi. Nasihat guru hendaklah didengari.Murid-murid juga harus sentiasa menjaga dan menghormati kawan-kawan. Islam amat menggalakkan umatnya untuk sentiasa menyayangi dan mengasihi kawan-kawan. Maka, murid-murid haruslah tidak mengejek, mempersenda, bergaduh atau mengkhianati kawan.

D. Persembahan dari Persatuan Agama Islam







Murid dari Persatuan Agama Islam mempersembahkan nasyid yang bertajuk “ Junjungan Mulia”. Persembahan telah dibimbing oleh Ustazah Rashidah.


E. Perkataan LAWAD pada hari ini:

  • Bahasa Melayu

Adik ( membawa maksud saudara kandung lelaki atau perempuan yang lebih muda)

  • Bahasa Inggeris

Left ( Kiri. On your relating to the side of your body that is towards the west when you are facing north)

  • Bahasa Arab

Man (Siapa)

F. Ucapan Guru Penolong Kanan: (Pn Siti Hanim bt Sungit)

Memulakan ucapan dengan mengucap ribuan tahniah kerana para guru dan murid berjaya mengawal dan menjalankan perhimpuan dengan baik. Beliau berharap agar para murid dapat meneruskan sikap dan sifat positif sepanjang masa. Beliau juga mengingatkan para murid untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan diri. Perhimpunan ditamatkan pada jam 6.45 petang

No comments:

Post a Comment