Tuesday, February 22, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN MINGGU KE 8 (SESI PETANG)
Laporan Perhimpunan Rasmi Hari Isnin Minggu Ke-8 (Sesi Petang)
Hari : Isnin
Tarikh : 21 Febuari 2011
Masa : 6.10 pm - 6.40 pm
Tema : Sayangi Sekolah Anda

Guru bertugas:
Puan Shurhama bt. Ahmad
Puan Azlina bt. Mat Isa
Puan Siti Maziah bt. Muhamad Tajuddin
Puan Suriyana bt. Nanyan @ Salim
Puan Grace a/p Danaraj
Puan Nora bt. Sabihi

A. Laporan/Ulasan:
1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Lagu telah dipimpin oleh Puan Salmi bt. Amir.
2. Bacaan doa diketuai oleh Adik Norzaimi Qusyairy bin Salehuddin (3 Merbau)
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dipimpin oleh Puan Shurhama bt. Ahmad.
4. Bacaan ikrar murid dipimpin oleh Adik Aniq Iqbal bin Zulkarnain (3 Seraya)
5. Upacara menaikkan bendera telah dijalankan oleh pasukan Pengakap di bawah pimpinan Puan Jumilah bt. Ahmad.

B. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Encik Ahmad Zunaidi b. Jinalabin)
Encik Ahmad Zunaidi menyatakan bahawa murid-murid tidak boleh bergurau secara keterlaluan sehingga boleh mendatangkan kecederaan kepada kawan atau diri sendiri. Selain itu, beliau juga mengingatkan murid-murid supaya elakkan suka ‘Tackle’ kaki kawan kerana ia boleh menyebabkan kawan terjatuh dan boleh mencederakan kawan. Malah, beliau juga mengingatkan murid-murid supaya jangan suka berlari terutamanya untuk ke bilik-bilik khas. Oleh itu, beliau menyarankan agar murid-murid beratur dengan baik dan berdisiplin.

C. Ucapan Guru Bertugas (Puan Shurhama bt. Ahmad)
Puan Shurhama menyatakan perkataan sayang bermaksud kasih dan cinta. Beliau, mengharapkan agar murid-murid memupuk perasaan sayang kepada sekolah kerana sekolah merupakan tempat murid-murid menimba ilmu dan tempat mendidik murid-murid untuk menjadi insan yang berguna. Malah, beliau juga menyeru agar murid-murid menyayangi sekolah dengan tidak merosakkan harta benda sekolah dan bekerjasama menjaga kebersihan sekolah seperti mengadakan gotong-royong. Seterusnya, beliau juga menyatakan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat 5A dalam UPSR adalah salah satu cara menunjukkan murid sayang sekolah kerana ia boleh mengharum dan menaikkan nama sekolah. Akhir sekali, beliau menyeru semua murid agar sayangilah SKTPP.

E. Perkataan LAWAD pada hari ini:
Bahasa Melayu
Ranum ( bermaksud cukup masak)

Bahasa Inggeris
Carry ( bermaksud membawa)

Bahasa Arab
Al Ulum (bermaksud Sains)

F. Ucapan Guru Penolong Kanan: (Puan Siti Hanim bt. Sungit)
Beliau memulakan ucapan dengan mengucap terima kasih kepada murid-murid kerana sayang kepada diri sendiri lebih baik dari semalam. Selain itu, beliau menyatakan bahawa perhimpunan pada kali ini kurang memuaskan disebabkan nyanyian yang beserabut serta, disiplin murid di tapak perhimpunan kurang memuaskan dan murid-murid juga tidak memberi perhatian kepada ucapan guru.

Perkara kedua yang disampaikan oleh beliau ialah berkaitan minggu peperiksaan yang akan bermula pada minggu hadapan. Beliau mengingatkan murid-murid agar menyediakn peralatan dengan secukupnya. Malah, beliau juga mengingatkan murid-murid agar jangan agresif terhadap perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti agresif berlari, membuang sampah, bermain atau berlari dan agresif tidak menyiapkan kerja sekolah.

Terakhir sekali, beliau menerangkan tentang kempen budi bahasa. Beliau menyeru agar murid-murid kasih kepada persekitaran seperti sayang guru dan sayang mulut. Ini kerana budi bahasa adalah tutur kata yang dikeluarkan secara sopan dan beradab mulia.

Perhimpunan ditamatkan pada jam 6.45 petang.

Laporan disediakan oleh,
AZLINA BT. MAT ISA
Guru bertugas minggu kelapan

No comments:

Post a Comment