Monday, January 9, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 2 (SESI PETANG)

Hari : Isnin

Tarikh : 09 Januari 2012

Masa : 6.10-6.40 petang

Guru bertugas (09.01.2012 hingga 14.01.2012)

1. Pn.Salmi Binti Adnan (K)

2. En.Shahrizal Bin Ya’am

3. Pn.Zabedah binti Othman

4. Pn.Salina Binti Mohd Tasu

5. Pn.Shurhama Binti Ahmad

6. Pn.Suriyana Binti Nanyan

7. Pn.Jamunarani Bhoja Rajan

Laporan / Ulasan :

1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah

2. Bacaan doa oleh Fathul Azhar bin Abu Bakar (3 Waja)

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn.Salmi Binti Adnan

4. Bacaan ikrar murid oleh Husna Aqilah Binti Mohd Afzanizam (3 Waja)

5. Ucapan guru bertugas minggu lepas: ( Pn Yani Binti Sharif )

5.1 Murid dinasihati agar balik menggunakan pintu pagar yang telah ditetapkan. Sekiranya ibu bapa / penjaga lewat sampai murid diminta menunggu di pondok pengawal keselamatan.

6. Ucapan guru bertugas : (Pn.Salmi Binti Adnan )

6.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.

6.2 Tema pada minggu ini : Peraturan Sekolah

7. Perkataan LAWAD pada minggu ini

a) Bahasa Malaysia : Bah : Banjir

b) Bahasa Inggeris : Classmate : Rakan sekelas

c) Bahasa Arab : Ahlan wasahlan : Selamat datang

8. Ucapan Guru Disiplin (Pn Yani Binti Sharif)

8.1 Menasihatkan semua murid agar tidak berebut-rebut membeli makanan sewaktu rehat dan pinggan yang telah digunakan hendaklah di masukkan ke dalam bekas yang telah disediakan oleh pihak kantin.

8.2 Menasihati semua murid agar tidak melalui atau melintas kawasan dataran perhimpunan sewaktu sesi persekolahan dan perlu melalui kawasan kaki lima sahaja.

8.2 Murid diingatkan sekali lagi agar balik menggunakan pintu pagar B sahaja kecuali murid yang berjalan kaki atau berbasikal boleh menggunakan pintu pagar A

9. Ucapan GPK Petang : ( En.Rosdin bin Ibrahim)

9.1 Mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar bagi sesi persekolahan 2012 kepada semua murid.

9.2 Menasihati murid agar mengikut peraturan sekolah yang telah ditetapkan.

9.3 Menasihati murid agar menghormati guru, pengawas dan rakan sebaya serta berharap agar tahun ini tidak berlaku masalah disiplin seperti bergaduh dan ponteng sekolah.

No comments:

Post a Comment