Sunday, January 22, 2012

Program Penutur Jati: Bengkel Pembinaan Bahan Bantu Mengajar

Secara pengenalan, Program Penutur Jati Bahasa Inggeris adalah merupakan salah satu program di bawah Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia dilaksanakan untuk Tahap 1 sekolah rendah terpilih di semua negeri mulai 2011 hingga 2013. Program ini merupakan salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah. Guru terlibat perlu menghadiri sesi input profesional di luar waktu rasmi persekolahan yang akan dijalankan oleh penutur jati.

Program ini telah membantu kami, guru Bahasa Inggeris Tahap 1 pada tahun lepas dan aktiviti-aktiviti dibawahnya telah berjalan dengan jayanya.

Pada tahun ini, pelbagai program telah dirancang oleh mentor kami, Ms. Hannah Casey. Setiap aktiviti yang dijalankan akan melibatkan semua guru Bahasa Inggeris Tahap 1 seramai 9 orang dari sekolah ini. Bengkel pertama iaitu Bengkel Pembinaan Bahan Bantu Mengajar telah dijalankan pada Khamis, 19 Januari 2012 pada pukul 9.00-11.00 pagi dan Jumaat, 20 Januari 2012, pada pukul 1.00-2.00 petang.

Aktiviti kami dalam bengkel ini adalah menghasilkan 'Phonics Fans' (kipas fonik) yang boleh digunakan oleh murid Tahun 1 dan Tahun 2 di bawah KSSR. Kami berjaya menyiapkan 11 set dan akan cuba menyiapkan kesemuanya pada bengkel yang sama akan datang.


Mentor Penutur Jati, Ms. Hannah Casey


Pn. Arnny & Pn. Grace



Pn. Yani


'Phonics Fan'


'Phonics Fans' yang dah siap





No comments:

Post a Comment