... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, January 6, 2012

Program Maju Diri 2012










Pelaksanaan Program Maju Diri 2012

Program Maju Diri (PMD) telah dilaksanakan bermula pada minggu pertama persekolahan.
PMD dilaksanakan bagi murid-murid Tahap 2, berdasarkan modul yang disediakan oleh Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Program Maju Diri bertujuan membentuk kesedaran diri dan semangat belajar yang berterusan di kalangan murid-murid.
Antara objektif program ini adalah seperti berikut ;

1. Dapat meningkatkan minat untuk belajar.

2. Dapat memupuk semangat keyakinan dalam diri.

3. Dapat mencungkil bakat dan potensi dalam diri murid.

4. Dapat menanamkan semangat nasionalisme dalam diri.

5. Dapat memupuk rasa tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan tanah air.

6. Dapat menanamkan rasa insaf dan kenal diri.

PMD telah dilaksanakan selama 3 hari bermula dari 4-6 Jan 2012. Kejayaan terhadap program yang dilaksanakan ini bergantung kepada inisiatif, kreativiti, dan kerjasama fasilitator yang terdiri daripada guru-guru setiap aliran.
Semoga murid-murid dapat memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi sepanjang pelaksanaan program berkenaan.

2 comments:

  1. semoga dapat memberi manfaat kepada semua pelajar.. :)

    ReplyDelete
  2. insyaallah.....semoga mendapat kerjasama dari semua pihak terutamanya guru2 dan ibu bapa sendiri untuk membugarkan semula semangat anak2 kita meneruskan persekolahan.

    ReplyDelete