Saturday, January 14, 2012

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M) 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa bekalan susu di bawah PS1M oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibekalkan ke sekolah-sekolah mulai April 2011. Bagi sekolah ini setiap murid akan mendapat bekalan susu Dutch Lady 200ml sebanyak 2 kotak seminggu sepanjang sesi persekolahan tahun ini. Bekalan susu akan diedarkan pada setiap hari Selasa dan Khamis. Susu ini perlu diminum oleh murid dalam sesi perhimpunan sebelum memulakan kelas pada hari tersebut. Susu ini tidak dibenarkan sama sekali disimpan atau dibawa pulang.

Sehubungan itu, tuan/puan diminta mengisi semula borang bagi sesi tahun 2012 yang telah diserahkan melalui anak tuan/puan pada 13.1.2012 (Jumaat) dan mengembalikannya kepada guru kelas anak masing-masing selewat-lewatnya pada 16.1.2012 (Isnin).

Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan dalam hal ini diucapkan terima kasih.

Sekian.

No comments:

Post a Comment