Thursday, January 5, 2012

Program Transisi Tahun 1 2012


Hari: Rabu
Tarikh: 4 Januari 2012
Masa: 1.20 -2.00
Tempat: Dewan Perdana

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di tahun satu. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah.

Aturcara Pembukaan Program Transisi

1. Bacaan Doa
2. Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
3. Taklimat Disiplin oleh Puan Yani selaku guru disiplin sesi petang
4. Ucapan Guru Besar - En Sukimin bin Juki
Guru Besar mengalu-alukan kedatangan murid Tahun Satu ke SKTTP. Guru besar menegaskan kehebatan anak-anak tidak bergantung kepada sekolah semata-mata, ia berkesinambungan daripada didikan di rumah. Program ini dapat dijalankan dengan dengan jayanya sekiranya mendapat sokongan dari semua pihak terutamanya ibu bapa.

Berikut beberapa paparan gambar yang sempat dirakam pada hari pertama program ini dijalankan.

















No comments:

Post a Comment