Tazkirah pada hari ini adalah berkaitan kelebihan bersolat. Solat adalah merupakan satu perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. Sebagaimana yang kita ketahui, solat adalah tiang agama bagi umat Islam. Seseorang yang menjaga solatnya akan sentiasa berada di bawah lindungan dan jaminan Allah sepanjang hari. Seseorang Muslim juga haruslah sentiada menunaikan solat di awal waktu kerana di akhiran kelak, perkara pertama yang akan disoal adalah solat. Jika sempurna amalan solatnya, maka sempurnalah amalannya yang lain. Umat Islam sebenarnya amat beruntung kerana solat ini juga adalah menyamai senaman ringan. Ini kerana pergerakan dalam solat membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok. Menurut Profesor Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas, kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Oleh yang demikian, aktiviti solat ini dapat memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh. Menurutnya juga, solat juga sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan akan menghasilkan kesan positif pada tubuh manusia. Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita memperbaiki dan menjaga amalan solat ini dengan lebih sempurna lagi. In Shaa Allah.
Disediakan oleh,
Rozaitul Ikhma Ab Razak
No comments:
Post a Comment