... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, March 11, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-11 (SESI PAGI)




Hari     : Isnin
Tarikh : 11 Mac 2013                                          
Masa   : 7.30 hingga 8.00 pagi.

Guru-guru bertugas:

     1.    En. Tarmiji bin Sabali
     2.    Pn. Rohizatul Ikmal
     3.    Pn. Nor Azura bt Mohamad Asir
     4.    Pn. Rosmaria bt Idris
     5.    Pn. Nor Syifa
     6.    Pn. Nor Siah
     7.    Pn Syikin
     8.    Pn Siti Rabiah
    
LAPORAN

1.0    Nyanyian, bacaan doa dan ikrar

      1.1  Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah.
      1.2  Bacaan doa oleh adik Mohamad Amin ( 6 Tiung ).
      1.3  Ikrar Rukun Negara dan ikrar keselamatan jalanraya oleh Pn  
             Nor Azura bt Mohamad Asir

2.0 Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn. Rosmawati bt
      Desa)
     2.1  Pelajar diingatkan mengenai pemakain stokin iaitu di atas buku lali.      
           Tidak dibenarkan memakai stokin bawah buku lali.
     2.2 Sepanjang minggu lepas ramai murid yang muntah-muntah iaitu antara
           7 hingga 8 orang.
     2.3 Murid hendaklah menyediakan buku nota lawad untuk mencatat
           tentang maklumat yang baru dan perkataan lawad.
     2.4 Murid tidak dibenarkan berlegar-legar di pondok.

3.0 Laporan Guru Bertugas Mingguan (Pn Nor Azura bt Mohamad Asir)
      3.1  Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
      3.2 Tema: “ Sayangi Harta Benda Sekolah”
      3.3 Murid dinasihatkan menggunakannya dengan cara yang  
             betul, menyayanginya, bersihkan selepas digunakan dan menjaga
             kebersihan.
       3.4 Perbuatan yang patut dijauhi ialah menconteng, mengotorkan, merosakkan  
             dan membazir.

4.0  Perkataan LAWAD
4.1. BM- Dermaga
4.2. BI – Under (di bawah)
4.3. BA-  Sulahfatun (kura-kura)

5.0 Keceriaan kelas bagi minggu ke sebelas,
Tahun 4 -  1. Exora        2. Wira       3. Iswara
Tahun 5 -  1. Balau        2. Seraya     3. Almon
Tahun 6 -  1. Helang      2. Tiung       3. Merak

6.0 Penyampaian sijil untuk pertandingan tenis dan sijil kepada murid yang menyertai program kesedaran air.dan sungai.


7.0 Ucapan Guru Disiplin (En. Shahrizal bin Ya’am)

7.1 Beliau mengingatkan supaya murid tidak meninggalkan buku di dalam meja contohnya kelas 6 Bangau. Kesan nya akan berlaku kehilangan dan murid tidak dapat belajar.

7.2 Pada minggu ini akan diadakan pemeriksaan mengejut iaitu spot check. Pastikan murid melengkapkan pakaian dan kemasan diri. Aspek yang akan disemak ialah rambut, lencana, tanda nama, kuku dan barang perhiasan.

7.3 Murid diingatkan mengenai keselamatan diri sewaktu pulang dari sekolah. Khususnya murid yang menaiki van- murid berebut-rebut untuk segera menaiki van untuk mendapat tempat duduk. Amalan ini tidak harus dilakukan kerana ia membahayakan keselamatan diri. Murid hendaklah memandang kiri dan kanan jalanraya sebelum melintas. Murid juga diingatkan menunggu kenderaan berhenti dahulu barulah menaiki bas atau van tersebut.

7.4 Apabila bunyi loceng selepas rehat, murid-murid diingatkan untuk terus beratur ke dewan. Jangan lagi berlegar-legar sesuka hati.


                                       Puan Siti Habsah bersama  pemenang pertandingan Tenis
                         Encik Fuadi bersama murid yang menyertai program kesedaran air dan sungai.
               Guru disiplin mengingatkan kembali mengenai peraturan dan disiplin yang mesti pelajar ikuti


Sesi perhimpunan tamat pada jam 8.20 pagi

No comments:

Post a Comment