Thursday, March 21, 2013

Kelas Halaqah Asas Tarannum Al-Quran 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Surau Sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana akan mengadakan Kelas Halaqah Asas Tarannum Al-Qur'an.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid tahun 4,5 dan 6 SKTPP dan akan diadakan pada ketetapan berikut :-
- Hari   : setiap jumaat
- Masa : 12.00 tengah hari - 1.00 petang
- Tarikh : 15 Mac - 25 Mei 2013
- Tempat : Surau SKTPP

Objektif kelas ini diadakan adalah supaya murid-murid dapat :-
- memperbaiki lagi bacaan dan hafazan surah-surah dalam al-Qur'an
- mempertingkatkan ilmu tajwid dan tarannum
- membentuk jati diri muslim yang sejati dan memberi ketenangan jiwa
- serta menjadikan bacaan al-Qur'an sebagai satu amalan dalam kehidupan seharian

Sehubungan dengan itu, murid-murid yang berminat dijemput untuk mendaftar terlebih dahulu terus kepada Ustaz Mohd Ridzuan bin Supardin sebelum atau pada waktu kelas ini diadakan.

No comments:

Post a Comment