... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, March 4, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-10 (SESI PAGI)

Hari     : Isnin
Tarikh  : 4 Mac 2013                                          
Masa   : 7.30 hingga 8.00 pagi.

Guru-guru bertugas:

     1.    En. Pazli bin Zawawi
     2.    Pn. Azwani bt Mohammed Nordin
     3.    Pn. Norina bt Mohamed
     4.    Pn. Norasmawati bt Omar
     5.    Pn. Rosmawati bt Desa
     6.    Pn. Roslina bt Jaafar
     7.    Pn Jamilah bt Yusof
     8.    En Zainuddin bin Kalam

LAPORAN

1.0  Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
      1.1  Nyanyian lagu Negaraku.
      1.2  Bacaan doa oleh adik Iman Firas bin Zulhazmi ( 6 Tiung ).
      1.3  Ikrar Rukun Negara oleh Pn Rosmawati bt Desa

2.0 Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn. Mazzaini bt Muda)
     2.1  Pelajar diingatkan agar memadamkan suis lampu dikoridor kelas.
     2.2 Sentiasa menjaga kebersihan kelas terutama dilantai kelas pastikan
           sentiasa bersih manakala susunan meja dan kerusi perlu teratur.
     2.3 Bagi murid-murid yang membawa basikal perlu menyusunnya dengan
           kemas bagi mengelakkan basikal jatuh atau berselerak.
     2.4 Bagi murid-murid yang makan dikantin sekolah perlulah memastikan
           cawan dan pinggan diletakkan dalam besen yang telah disediakan
           selepas makan.

3.0 Laporan Guru Bertugas Mingguan (Pn Rosmawati bt Desa)
      3.1  Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
      3.2  Tema: “Memenuhi masa lapang”
-      Murid perlu memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
-      Masa amat berharga
-      Aktiviti masa lapang boleh diisi dengan membaca kerana ianya dapat menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan pencapaian akademik.elakkan berbual-bual kosong.
-      Semasa di rumah murid boleh juga membaca majalah yang bersesuaian contohnya: Kuntum, Asuh, Aulad dan lain-lain.
-      Bersukan juga merupakan salah satu aktiviti pada masa lapang kerana ianya dapat menyihatkan badan. “Badan Sihat Otak Cergas”.
-      Murid perlu merancang masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah


4.0  Perkataan LAWAD
4.1. BM- Biaya
4.2. BI – Think (fikir)
4.3. BA-  As-sa’lisu (ketiga) 

5.0 Keceriaan kelas bagi minggu kesembilan,
Tahun 4 -  1. Wira          2. Exora      3. Iswara
Tahun 5 -  1. Almon       2. Balau      3. Seraya
Tahun 6 -  1. helang      2. Tiung       3. Merak


6.0 Ucapan Guru Disiplin (En. Shahrizal bin Ya’am)
  6.1. Ponteng: Beliau mengingatkan murid-murid bahawa ponteng adalah
         Salah laku disiplin. Terbahagi kepada dua iaitu ponteng kelas ( tidak
         berada didalam kelas sewaktu sesi pembelajaran. Ponteng sekolah ialah
         (tidak hadir ke sekolah tanpa izin dari ibu bapa/penjaga). Murid-murid yang  
         Ditangkap atas kesalahan ini akan dikenakan hukuman yang setimpal.
  6.2. Buli: adalah perbuatan menyakitkan samada mental atau fizikal
         Contoh: fizikal (memukul) lisan(mengejek atau menfitnah) isyarat (menjelir
         lidah), memeras ugut (minta wang secara paksa)
         Tindakan disiplin akan dikenakan:
1)   Nama murid akan dicatat dalam borang salah laku.
2)   Dimasukkan dalam sistem salah laku disiplin murid (ssdm)
3)   Rotan
4)   Nama akan tercatat sebagai murid yang pernah melakukan kesalahan.

7.0 Ucapan Guru Besar (En Sukimin bin Juki)
   7.1 Masalah di kantin:
         - Pengawas sekolah perlu mengawal murid-murid lain yang makan dikantin
           dan berani menegur sekiranya murid lain melakukan kesalahan.
           Kebersihan dikantin adalah tanggungjawab kita bersama.
-      Guru –guru perlu menegur murid-murid yang keluar dari kelas tanpa pas keluar ini adalah untuk mengelakkan masalah ponteng kelas.
-  Guru besar menegaskan bahawa semua guru berperanan sebagai guru disiplin dan berhak menegur murid yang melakukan kesalahan.


Sesi perhimpunan tamat pada jam 8.20 pagi

  • Penyampaian hadiah keceriaan kelas tahun 4,5,6 serta PPKI

    Kelas  5 Almon yang memenangi piala keceriaan pada minggu ini

    Wakil kelas PPKI menerima piala bagi pertandingan keceriaan kelas 
    Kelas 6 Helang yang memenangi hadiah keceriaan kelas.


  • Penyampaian hadiah bagi pemenang boling tenpin kelas PPKI
Penuh semangat...pemenang boling tenpin,  Adik Azhar dari kelas PPKI

Antara pemenang boling tenpin dari kelas PPKI


Kesungguhan murid yang akhirnya mendapat kemenangan ..Tahniah diucapkan...

No comments:

Post a Comment