HARI : JUMAAT
MASA : 8.00-11.00 PAGI
Seramai 20 orang murid lelaki dan perempuan tahun 5 dan 6 telah menghadiri sesi pemilihan sofbol pasukan SK Taman Putra Perdana. Latihan ini diterajui sendiri oleh guru besar SK Taman Putra Perdana. Antara guru yang terlibat dalam sesi pemilihan ini ialah Encik Ahmad Musrizuan bin Daud dan Encik Mohd.Riduan bin Supardin. Turut hadir bersama Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Ahmad Fuadi bin Sarham.
Selepas melakukan aktiviti regangan dan memanaskan badan, Guru Besar memberi penerangan tentang pengenalan, peralatan dan peraturan permainan sofbol. Murid terus diberi latihan praktikal dan secara keseluruhannya, murid dapat mengaplikasikan teknik yang dipelajari dengan baik. Sebagai permulaan, satu latihan yang bagus untuk murid-murid teruskan pada masa akan datang, seterusnya menjadi pasukan sekolah yang terbaik pada kejohanan yang akan berlangsung pada bulan April nanti.
Sesi memanaskan badan
Guru Besar sedang memperkenalkan nama alatan sofbol |
Penerangan tentang peraturan dan penggunaan alatan sofbol
Cikgu Musrizuan sedang menunjukkan cara memukul bola dengan betul |
Guru Besar menunjukkan kedudukan tapak dan cara larian setelah bola dipukul |
Guru Besar sedang membuat pitching |
Bola yang dilempar oleh pitcher perlu memasuki zon untuk dikira sebagai strike |
Sesi latihan di padang dikendalikan oleh ustaz Ridzuan
Disediakan oleh: Nik Rosmaliza bt Nik Hussain
No comments:
Post a Comment