... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, March 19, 2013

LAPORAN “PEP TALK”

HARI :
ISNIN
TARIKH:
18 MAC 2012
TEMPAT:
DEWAN PERDANA
MASA :
8.00-8.30 PAGI
KELAS YANG TERLIBAT:
MURID TAHUN 6
GURU PELAPOR:
MAIMUNAH YOB
‘Pep talk’ oleh En. Sukimin Juki
(Guru Besar SKTPP)
1. Beliau menegur sikap murid yang suka berangan dan malas. Golongan ini akan menyusahkan masyarakat untuk meneruskan hidup, seperti mencuri besi buruk di tepi tandas.
2. Sebaliknya murid-murid mesti menjadi besi yang berguna dan bernilai setelah digilap. Untuk menjadi besi yang bernilai (dalam jam Rolex) murid haruslah berusaha.
3. Angan-angan yang ditukar menjadi motivasi adalah suatu perkara yang baik.
4. Senario hari ini, ramai orang lelaki bersikap malas berbanding wanita. Walhal lelaki ialah ketua keluarga dan pembimbing keluarga. Ini adalah hakikat dalam masyarakat.
5. Guru besar juga menyuntik semangat ke dalam diri murid-murid untuk belajar sehingga diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh. Murid dan guru saling berkaitan untuk berusaha demi kejayaan.
6. Guru besar berharap murid tidak meneruskan angan kerana angan-angan tidak membawa murid-murid ke mana-mana.
7. Usaha, kegigihan bukan hanya diungkap. Sebaliknya perlu diterjemah seperti membuat catatan LAWAD. Belajar berdikir-dikit untuk mencapai kejayaan.
8. Ego dalam diri merosakkan diri. Murid patut membuang ego, jika ada rakan mengajak ke perpustakaan. Ego mestilah dilontar jauh-jauh jika ada ajakan untuk perbuatan baik, jangan ditangguh dan malu untuk turut serta dalam hal-hal kebaikan kerana akhirnya akan membuahkan hasil.
9. Guru besar mengingatkan murid-murid agar tidak leka dengan berangan-angan, berusahalah untuk melepasi setiap peperiksaan dengan kejayaan demi kejayaan untuk muncul sebagai seorang insan yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment