... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, March 3, 2013

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 4,5 DAN 6 FASA 1/2013

          Alhamdulillah, pada hari Sabtu bersamaan 2 Mac 2013, Panitia Pendidikan Islam SK Taman Putra Perdana telah berjaya menjalankan Kem Bestari Solat Fasa 1 dengan kehadiran murid tahun 4, 5 dan 6 seramai 156 orang dan guru seramai 28 orang sebagai fasilitator.

          Objektif  kem ini adalah berbeza setiap peringkat  mengikut silibus Kem Bestari Solat yang telah digariskan kementerian:-

Tahun 4 
 ·         Murid dapat berwudhuk dengan sempurna
 ·         Murid dapat melafazkan bacaan solat dengan betul
 ·         Murid dapat menyatakan syarat-syarat wajib sah solat

Tahun 5
·         Murid dapat melaungkan azan dan iqamah dengan betul 
·         Murid dapat melaksanakan solat berjemaah dngan sempurna
·         Murid dapat memahami dan menyatakan perbezaan masbuk dan muwafiq

Tahun 6
·         Murid dapat menghafaz surah-surah tertentu dengan sempurna
·         Murid dapat membaca dan menghafaz lafaz niat solat jenazah dengan betul
·         Murid dapat menyebut rukun dan syarat sah solat sah solat jenazah
·         Murid dapat mengetahui kedudukan imam bagi jenazah lelaki dan perempuan

        Diharapkan dengan terlaksananya kem ini, murid-murid SKTPP  menjadi lebih faham, berpengetahuan, bersemangat dan ikhlas dalam mempraktikkan amalan solat setiap hari. Berikut adalah beberapa gambar yang telah diambil sepanjang program :-

Murid-murid berkumpul dengan ceria di Dewan Perdana selepas pendaftaran
 
LDK Tahun 6 (Penerangan tentang syarat sah solat jenazah)
 
LDK Tahun 4 (Menghafaz Surah al-A'diyat)
 
Waktu rehat
 
Wakil Tahun 5 melaungkan azan
 
    Amali solat beramai-ramai di Dewan Perdana
 
                                   Murid diawasi fasilitator semasa menjalankan amali solat

                                        Ulasan ringkas oleh Ustaz Zawadi sebelum penutup

Disediakan oleh :
Nurul Aifaa binti Shaharudin





No comments:

Post a Comment