Monday, September 30, 2013

Cyclothon: Jom Berbasikal! - Peraduan Basikal Cantik

Sebaik mendaftar di kaunter pendafaran di , pengunjung akan diberikan satu kertas aturcara yang juga tercetak satu nombor unik padanya.  Ceraikan nombor ini dan masukkan ke dalam peti undi basikal cantik pilihan anda di Dewan Taman.  Sementara itu, simpan kertas aturcara tersebut untuk dijadikan eviden sewaktu menuntut hadiah Cabutan Bertuah jika nombor anda terpilih.

Sekadar hiasan
Sekadar hiasan
Undian anda pada peti undi basikal cantik pilihan anda akan membantu dalam menentukan pemenang peraduan Basikal Cantik. Setelah semua undian dikira, nombor anda ini akan disatukan dalam peti cabutan bertuah.

Peraduan Basikal Cantik ini terbuka kepada 10 penyertaan sahaja.  Semua hiasan hendaklah disiapkan sebelum dibawa ke tempat pertandingan.  Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pn. Norsiah Mohd. Nor.

No comments:

Post a Comment