... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, November 13, 2013

HARI JALINAN MESRA SIRI 2/2013

Tarikh            : 13 November 2013
Hari               : Rabu
Masa              : 12.00 – 2.00 petang

Hari Jalinan Mesra diadakan untuk memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru kepada anak-anak di bawah jagaan mereka terutamanya guru kelas tentang semua perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing.  Selain itu, kedua-dua belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu berbangkit.

Sesi pertemuan antara ibu bapa dan guru-guru berlangsung dari pukul 12 hingga 2 petang di kelas masing-masing.  Ibu bapa hadir ke sekolah dengan wajah yang ceria untuk mendapatkan pelaporan mengenai anak-anak mereka.
  
Aktiviti khusus dijalankan kepada murid-murid yang hadir ke sekolah seperti membaca buku, menjawab kuiz dan sebagainya.  Aktiviti ini dikendalikan oleh guru-guru di Dewan Perdana.

Berikut adalah gambar-gambar aktiviti.

En. Hafiz dan ibu bapa berbincang mengenai perkembangan murid
Murid melihat keputusan peperiksaan
Ibu bapa menunggu giliran masing-masing
Pn. Zaleha melayan ibu murid
Pn. Grace memberi penerangan
Ibu murid menandatangani buku Rekod Profil
Guru berbincang bersama ibu bapa
Para ibu bapa sabar menunggu giliran
Kaunter PIBG
Kaunter FROG VLE
Edaran FROG VLE

No comments:

Post a Comment