Tuesday, November 12, 2013

SESI GAMBAR HARI ANUGERAH CEMERLANG 2013

Dimaklumkan bahawa, pihak sekolah ada menyediakan perkhidmatan mengambil gambar pada Hari Anugerah Cemerlang 2013Surat untuk menempah perkhidmatan mengambil gambar ini telah diserahkan kepada penerima hadiah bersama dengan surat jemputan kepada murid yang terlibat. Ibu bapa boleh melengkapkan borang gambar tersebut.  

Serahkan borang berserta duit gambar kepada guru sesi pagi Pn. Norinna bt Mohamed dan Pn. Arjunawati bt Ahmad Nuze. Bagi sesi petang pula serahkan kepada Cik Azlinda bt Kasmin

Berikut adalah maklumat yang berkaitan:
1.Gambar berukuran: 6R
2.Terdapat 3 set gambar yang boleh dipilih iaitu 
  a. Set A - Pentas sahaja - RM5.00 sekeping
  b. Set B - Studio sahaja (bertempat di Dermaga Minda) - RM5.00 sekeping
  c. Set C - Pentas & Studio yang berharga RM9.00.
3.Serahan borang dan duit gambar:- 
  a. Sesi pagi - Cikgu Norinna bt Mohamed dan Cikgu Arjunawati bt Ahmad Nuze
  b. Sesi petang - Cikgu Azinda bt Kasmin
4.Tarikh menghantar borang gambar tersebut selewat-lewat pada hari Rabu 13 Nov 2013.

Kepada yang berminat, kaunter pendaftaran studio bergambar juga akan dibuka pada Hari Anugerah Cemerlang 2013 (Khamis, 14 Nov 2013).

Bagi yang telah membuat pembayaran sebelum dan pada 13 Nov 2013, Unit ICT akan menyerahkan kupon kepada penerima anugerah sebagai bukti pembayaran telah dibuat. Kupon tersebut perlu disimpan dan dibawa pada Hari Anugerah Cemerlang 2013 iaitu 14 Nov 2013. Bagi yang mendaftar pada 14 Nov 2013, kupon akan diserahkan pada hari tersebut. 

Contoh kupon:-



No comments:

Post a Comment