... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, November 11, 2013

KUNJUNGAN PELAJAR UPSI KE SKTPP

Tanggal 11 Nov 2013, Isnin seramai 100 orang pelajar UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) semester 5 kursus TESL berkunjung ke SKTPP untuk mempelajari pelaksanaan PBS yang dijalankan di sekolah ini. Rombongan ini diketuai oleh Pensyarah mereka Dr Mazura Mastura Muhammad.

Ucapan alu-aluan dimulai oleh Guru Besar En. Sukimin b Juki dan taklimat PBS disampaikan oleh Pn Siti Habsah dan Ketua Panitia Bahasa Inggeris Pn. Kwa Jin Nee. Selepas itu satu perbengkelan telah diadakan oleh guru-guru Bahasa Inggeris yang terdiri daripada Pn. Ezza Hairani, Pn. Norazian, Pn. Grace, Pn. Maizara, Pn. Malisha, Pn. Yani, Pn. Salina, Pn. Ainul dan beberapa orang guru lagi.

Majlis berakhir dengan ucapan terima kasih oleh wakil pelajar UPSI kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kedatangan mereka. Semoga ilmu yang dikongsi bersama dapat diaplikasikan apabila menjadi guru kelak. 


Barisan fasilitator yang membantu

Pelajar-pelajar UPSI sedang mendengar taklimat

Cenderahati daripada UPSI

Penerangan daripada Fasilitator semasa bengkel PBS
 
Penerangan daripada Ketua Panitia Bahasa Inggeris Pn. Kwa Jin Nee


Bergambar kenangan sebelum pulang

No comments:

Post a Comment