... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, November 12, 2013

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PERPISAHAN MURID TAHUN 6  2013

TARIKH : 7 NOVEMBER 2013
HARI : KHAMIS
KEHADIRAN MURID : 166 ORANG
KEHADIRAN GURU : 28 ORANG

1.LATAR  BELAKANG
Majlis Makan malam atau “Untaian Kasih” ini merupakan antara program yang diadakan khas untuk murid tahun 6 sebagai tanda meraikan serta huluran salam perpisahan buat mereka memandangkan murid-murid ini bakal meningggalkan alam sekolah rendah.Semoga detik ini akan menjadi kenangan manis buat mereka semua. Majlis yang dijalankan selepas UPSR ini dirancang bertujuan untuk memberi pengalaman serta pendedahan kepada majlis santai antara murid dengan guru juga murid dengan rakan sebaya agar ukhwah yang dibina tidak luput dari ingatan. Tema "Arabian Night" dipilih pada tahun ini supaya murid-murid berpakaian sopan dan sesuai dengan adab ketimuran dalam masyarakat di Malaysia khasnya.

2. OBJEKTIF PROGRAM
1. Sebagai satu cara meraikan murid-murid yang bakal meninggalkan sekolah rendah.
2. Memberi pengalaman baru serta meningkatkan keyakinan diri.
3. Mencungkil bakat murid melalui persembahan yang ditampilkan.
4. Merapatkan hubungan silaturahim antara guru, murid dan PIBG.

Gambar-gambar semasa majlis berlangsung.

















No comments:

Post a Comment