MASA : 7.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN DAN DEWAN PERDANA
Hari Orientasi Tahun Satu diadakan bertujuan untuk membantu murid- murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal kepada pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Program ini juga diadakan bertujuan untuk menyesuaikan murid- murid dengan persekitaran, guru- guru dan kawan baru dalam jangka masa yang singkat.
Pelbagai program telah diatur sepanjang Hari Orientasi. Murid- murid telah mendaftar di kelas yang telah ditetapkan terlebih dahulu untuk disemak dan dikemaskini Fail Murid. Kemudian, murid- murid masuk ke dalam kelas bersama guru kelas dan guru pembantu untuk mendengar Taklimat Umum Disiplin Murid dan seterusnya menjalani Ujian Diagnostik.Ujian Diagnostik diadakan bertujuan untuk menguji tahap kemahiran murid- murid seperti kemahiran asas literasi dan numerasi.
Sementara para murid menjalani Ujian Diagnostik, para ibu bapa telah mendengar beberapa taklimat ringkas di Dewan Perdana berkenaan dengan Taklimat Disiplin Murid yang telah disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita, Taklimat PBS oleh Puan Jumilah dan Taklimat Frog VLE oleh Puan Norinna.
Berikut adalah gambar- gambar sepanjang program berlansung.
Semakan Fail Murid oleh guru kelas dan pembantu guru kelas |
Guru kelas dan pembantu guru kelas |
Pendaftaran murid |
Murid dilekatkan tanda nama kelas |
Murid- murid beratur di Dataran Perhimpunan untuk masuk ke kelas |
Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir |
Guru- guru membawa murid masuk ke dalam kelas |
Guru kelas menyemak kehadiran murid |
Taklimat ringkas tentang disiplin murid |
Para ibu bapa berkumpul di Dewan Perdana untuk mendengar taklimat |
Murid- murid menjawab Ujian Diagnostik |
Murid- murid berkumpul di Dewan Putra selepas waktu rehat sebelum bermulanya aktiviti Lawatan Orientasi |
Taklimat penggunaan tandas yang telah dikendalikan oleh Encik Hafiz dan Puan Noranismawati |
Pengenalan kantin dan adab- adab makan oleh Ustaz Ahmad Zunaidi dan Puan Azlina |
Taklimat mengenai kedai buku oleh Puan Visva dan Puan Norhafiza |
Taklimat mengenai bilik guru oleh Puan Suriyana dan Puan Norazian |
Program telah tamat pada jam 1230 tengah hari
Laporan telah disediakan oleh:
Puan Nazahiyah Ab Rahman
Puan Zainur Jimah Abdullah
No comments:
Post a Comment