Tuesday, November 12, 2013

LANGGANAN PORTAL ZOOM A

Boleh layari portal Zoom A melalui alamat web www.zoom-a.com.


Langkah Langganan Zoom A Oleh Pelajar (Pendaftaran Baru).
1.Yuran langganan Zoom A ialah RM20 sahaja setahun tanpa mengira bulan mulai melanggan. (Tamat pada 31 Disember setiap tahun)
2.Yuran langganan Zoom A hendaklah dibayar melalui sekolah masing-masing.
3.Setiap pelajar akan mendapat satu 'tiket langganan' melalui sekolah masing-masing setelah yuran langganan dijelaskan kepada One Touch Education Sdn. Bhd. oleh pihak sekolah.
4.Pelajar dapat mendaftarkan akaun masing-masing melalui laman web Zoom A mengikut arahan yang terdapat pada 'tiket langganan'.
Langkah Langganan Zoom A Oleh Pelajar (Memperbaharui Akaun).
1.Menjelaskan yuran langganan Zoom A sebanyak RM20 melalui pihak sekolah masing-masing.
2.Pelajar akan mendapat satu 'tiket langganan' melalui sekolah masing-masing setelah yuran langganan dijelaskan kepada One Touch Education Sdn. Bhd. oleh pihak sekolah.
3.Pelajar dapat memperbaharui akaun masing-masing melalui laman web Zoom A mengikut arahan yang terdapat pada 'tiket langganan'.
4.Langkah ini membolehkan pelajar mengekalkan nama pengguna dan kata laluan asal. Ini termasuk mengekalkan nama e-mel dan laman web pelajar.
5.Tempoh untuk memperbaharui akaun lama hanya sah sehingga akhir bulan Januari. Pelajar yang gagal berbuat demikian setelah tempoh pembaharuan terpaksa mendaftarkan akaun yang baru. (Nama pengguna, e-mel, dan laman web pelajar yang asal akan lupus tanpa notis).


* Ibu bapa yang berminat boleh dapatkan borang pendaftaran dan seterusnya membuat pembayaran di kaunter pendaftaran yang akan dibuka pada hari esok, 13 November 2013 (Rabu) pada Hari Jalinan Mesra. * Harga langganan portal Zoom A bagi seorang anak adalah RM20.00.
* Ibu bapa digalakkan membayar yuran pendaftaran bagi melanggan Zoom A dengan pihak sekolah. 





No comments:

Post a Comment