Tuesday, March 18, 2014

KUTIPAN BAYARAN SUMBANGAN PIBG 2014

Untuk makluman ibu bapa/penjaga murid-murid SK Taman Putra Perdana, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-10 yang dijalankan pada 15 Mac 2014 telah sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa amaun kutipan wang sumbangan PIBG adalah sebanyak RM50.00 bagi setiap keluarga.


Sehubungan itu, pihak sekolah memohon agar ibu bapa/penjaga dapat membuat bayaran sumbangan PIBG tersebut bermula 20 Mac 2014. Bayaran sumbangan tersebut boleh dijelaskan kepada guru kelas anak-anak tuan/puan masing-masing selewat-lewatnya pada atau sebelum 30 April 2014. 


Segala kerjasama yang diberikan oleh tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Disediakan oleh:


Setiausaha Kehormat PIBG
SK Taman Putra Perdana

2 comments:

  1. Selamat Pagi Setiausaha Kehormat PIBG, SK Taman Putra Perdana

    Boleh saya tahu kutipan wang sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 bagi setiap keluarga ini untuk apa, ada perinciannya?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam Pn. Nor Suzana.

    Kutipan sumbangan PIBG dikira lump sum - tiada perincian. Terpulang kepada PIBG untuk membelanjakannya mengikut keperluan atas permohonan sekolah setelah diputuskan oleh Mesyuarat AJK PIBG. Terima kasih.

    - Penasihat PIBG SKTPP

    ReplyDelete