... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, February 2, 2016

Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang 2016

Putra Perdana - Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang 2016 telah diadakan pada 01 dan 02 Februari 2016 bertempat di SMK Putra Perdana. Pada tahun ini, SK Taman Putra Perdana (SKTPP) sekali lagi telah terpilih untuk menjadi pengerusi kejohanan tersebut bagi peringkat sekolah rendah.

Sebanyak 12 buah sekolah telah menyertai Kejohanan Ping Pong pada tahun ini. Antaranya SK Taman Putra Perdana, SK Cyberjaya, SK Taman Seroja, SK Taman Putra Perdana 2, SK Dengkil dan SK Desa Pinggiran Putra. Kejohanan telah berlangsung dalam suasana yang meriah dan lancar dengan komitmen daripada semua peserta dan urusetia.

Majlis penutup yang diadakan pada petang 02 Februari 2016 telah dirasmikan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali selaku Guru Besar SKTPP.

Berikut adalah pencapaian yang telah berjaya dicapai oleh SKTPP pada tahun ini:

*Kategori Berpasukan Perempuan B12

KETIGA : SK TAMAN PUTRA PERDANA

*Kategori Bergu Perempuan B12

KETIGA : NUR ALIN SYAZANI & AMIRAH QISTINA

*Kategori Bergu Perempuan Bukan Kaum Cina

KETIGA : NUR ALIN SYAZANI & AMIRAH QISTINA

*Kategori Perseorangan Perempuan B12

NAIB JOHAN : NUR ALIN SYAZANI

*Kategori  Perseorangan Perempuan  Bukan Kaum Cina

JOHAN : NUR ALIN SYAZANI

*Kategori  Perseorangan Lelaki Bukan Kaum Cina

KE-4: MUHAMMAD IZHAN AQIL

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga kejayaan ini bakal melakarkan lebih banyak kenangan terindah untuk kegemilangan sukan SKTPP.

Antara gambar-gambar sepanjang program berlangsung:

Hari 1 (01 Februari 2016)

Sesi Pendaftaran pada hari pertama

Pn. Guru Besar bersama AJK Statistik

Perlawanan sedang berlangsung



Hari 2 (02 Februari 2016)

Peserta ping pong lebih bersemangat untuk hari kedua

Adik Alin sedang berentap untuk menentukan kedudukan tempat ke-3 & ke-4

Majlis Penyampaian Hadiah yang disempurnakan oleh 
Guru Besar, Pn. Hajah Rohaidah




Bergambar setelah selesai pertandingan

Majlis perasmian penutup kejohanan ping pong MSSD Sepang berakhir pada jam 5.00 petang.


Disediakan Oleh :
Nor Shuhada bt Mohd Noor

No comments:

Post a Comment