Saturday, February 27, 2016

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-13, 2016

Pada hari Sabtu, 27 Februari 2016 SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-13 bertempat di padang sekolah. Sebanyak empat jenis acara trek peringkat akhir telah dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan perempuan bagi murid tahap 2, murid tahap 1, murid PPKI dan murid Prasekolah. Acara lompat jauh, lontar peluru, dan lompat tinggi bagi murid tahap 2 (lelaki dan perempuan) telah diadakan pada 25 Februari 2016.

Objektif:
  • Memupuk semangat kesukanan.
  • Melahirkan semangat daya saing yang sihat.
  • Mengamalkan nilai-nilai murni melalui sukan.
Peserta berkumpul dan bersedia untuk perbarisan pada jam 8.30 pagi. Pada jam 9.00 pagi, acara pembukaan dimulakan iaitu lintas hormat perbarisan bagi setiap rumah sukan. Perbarisan diketuai oleh adik Muhammad Nabil Qayyum bin Zainudin. Tema perbarisan rumah sukan pada tahun ini ialah "Pahlawan Melayu".

BIRU (HANG TUAH)
HIJAU (HANG JEBAT)
MERAH (HANG KASTURI)
JINGGA (HANG LEKIR)
KUNING (HANG LEKIU)

Majlis perasmian ini diserikan lagi dengan persembahan menarik dari setiap rumah sukan. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan semua peserta perbarisan berkumpul di tengah padang mengikut rumah sukan masing-masing dan bersedia untuk bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah. Seterusnya diikuti dengan bacaan ikrar temasya. Tertib acara diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd. Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana dan seterusn
ya ucapan aluan oleh Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian selaku Yang Dipertua PIBG. Majlis diikuti dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh En. Zuhaimi bin Md. Nasir selaku Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan bagi 2016 melalui gimik persembahan yang disediakan oleh Puan Norsiah, Puan Norhana dan Puan Jumilah. Selepas upacara perasmian tersebut, kejohanan dimulakan dengan acara trek bagi murid lelaki tahap 2. Sementara itu, para hakim membuat rondaan dan penilaian ke khemah-khemah rumah sukan dan murid-muird perbarisan. Para tetamu kehormat kemudiannya dihidangkan jamuan di kantin sekolah.

Sejurus acara trek bermula, pengurus pasukan bersama peserta-peserta rumah sukan masing-masing bersemangat mengejar mata dan bersaing sihat merebut anugerah Olahragawan, Olahragawati, Perbarisan Terbaik, Hiasan Khemah Rumah Sukan Terbaik dan Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-13. Tetamu dimeriahkan dengan acara tarik tali (akhir) murid lelaki dan perempuan sementara menunggu keputusan rasmi kejohanan.

Berikut merupakan keputusan rasmi bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Putra Perdana 2016  kali Ke-13 .

Rumah Sukan
Kedudukan
JINGGA
1
MERAH
2
HIJAU
3
BIRU
4
KUNING
5

Berikut merupakan keputusan rasmi bagi PERBARISAN TERBAIK.

Rumah Sukan
Kedudukan
MERAH
1
JINGGA
2
BIRU
3
KUNING
4
HIJAU
5

Berikut merupakan keputusan rasmi bagi HIASAN KHEMAH TERBAIK.

Rumah Sukan
Kedudukan
MERAH
1
JINGGA
2
KUNING
3
HIJAU
4
BIRU
5

Berikut adalah lampiran gambar acara akhir Lontar Peluru, Lompat Jauh dan Lompat Tinggi.

Hakim bagi acara lompat jauh

Hakim lontar peluru

Peserta acara Lontar Peluru (L) tahap 2.

Peserta acara Lontar Peluru (P) tahap 2.

Peserta acara Lompat Tinggi (L) tahap 2.

Peserta acara Lompat Tinggi (P) tahap 2.

Peserta acara Lompat Jauh (L) tahap 2

Puan Azizah bt Mokhlas (GPK Kokurikulum)
menyampaikan medal kepada pemenang

Murid bersorak kegembiraan meraikan kemenangan rakan rumah sukan

Berikut adalah lampiran gambar sepanjang Kejohanan Sukan berlangsung

Kontinjen sukan bersedia untuk acara perbarisan

Kelihatan tetamu kehormat bersedia untuk
perarakan lintas hormat kontinjen sukan


Kontinjen dari Rumah Biru


Kontinjen dari Rumah Jingga


Kontinjen dari Rumah Kuning


Kontinjen dari Rumah Merah


Kontinjen dari Rumah Hijau

Para kontinjen berada dalam kedudukan masing-masing dan bersedia
untuk bacaan doa dan Ikrar sukan

Adik Muhammad Nabil Qayyum sedang membaca ikrar sukan

Guru-guru sentiasa bersedia yang bertugas
di bahagian Pertolongan Cemas

Perasmi kejohanan , En. Zuhaimi bin Md. Nasir menyampaikan ucapan perasmian


 

Perasmi Kejohanan diiringi tetamu kehormat merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SKTPP Kali ke-13, 2016

Kontinjen dari Prasekolah

Khemah Rumah Biru

Khemah Rumah Jingga

Khemah Rumah Kuning

Khemah Rumah Merah


Khemah Rumah Hijau




Perarakan keluar padang oleh kontinjen perbarisan



Penilaian hakim untuk Hiasan Khemah Terbaik. (RUMAH MERAH)



Penilaian hakim untuk Hiasan Khemah Terbaik. (RUMAH KUNING)



Penilaian hakim untuk Hiasan Khemah Terbaik. (RUMAH JINGGA)




Penilaian hakim untuk Hiasan Khemah Terbaik. (RUMAH BIRU)



Puan Jamilah (PK HEM) sedang menyampaikan medal kepada pemenang

Acara trek 200m (L) Tahap 2


Acara trek 200m (P) Tahap 2



Guru-guru ceria menjalankan tugas sebagai Pencatat bagi acara trek

Guru menyelia peserta untuk bersedia bagi acara seterusnya



Lagi gambar peserta dan gelagat guru memberi semangat kepada peserta
rumah sukan masing-masing





Peserta acara trek bagi 4x100m (L) & (P) tahap 2


Peserta yang berjaya menamatkan larian

Acara tarik tali (L)



Acara tarik tali (P)








Puan Hajjah Rohaidah (Guru Besar SKTPP) menyampaikan trofi dan hamper kepada wakil dari Rumah Jingga

Puan Hajjah Rohaidah (Guru Besar SKTPP)
 menyampaikan trofi  Olahragawati kepada wakil guru dari Rumah Merah

Pengacara majlis yang manis sentiasa tersenyum sepanjang kejohanan berlangsung

Papan skor mempamerkan jumlah marakah terkini

Langit yang cerah mengiringi sepanjang kejohanan berlangsung

Hamper-hamper bagi setiap kategori


Hiasan khemah PPKI

Senyuman ceria guru dan peserta dari PPKI
semasa perarakan keluar padang oleh  kontijen

Penyerahan hamper kepada pemenang dengan simbol "Kami Benci DARVIH"


Medal-medal untuk pemenang

Piala Pusingan Rumah Sukan
Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Putra Perdana Kali Ke-13 ini dengan jayanya.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"SATU MURID SATU SUKAN"
"KAMI BENCI DARVIH"

(Sila ikuti gambar-gambar PPDa @ Sukan Tahunan dalam blog PPDa SKTPP di sini)

Disediakan oleh : Norazian Mat Anuar / Norinna Mohamed / Nor-Azura Mustafa

No comments:

Post a Comment