Monday, February 29, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-9 (Sesi Petang)

Tarikh    :  29 Februari 2016
Hari       :  Isnin
Masa    :  1.20 petang - 1.50 petang
Tempat :  Dewan Perdana SKTPP

Guru Bertugas
1. Pn. Norazah binti Mohd Ali
2. Pn. Nor Maziah binti Abd. Malek
3. Pn. Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin
4. Pn. Fadhilah binti Talib
5. Pn. Zauiyah binti Ismail
6. En. Ahmad Junaidi bin Abdullah



Guru Bertugas pada minggu ini
 Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
1.   Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah dipimpin oleh          Pn. Salmi bt Amir.
2.     Bacaan doa dipimpin oleh pengawas bertugas
3.    Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya  dipimpin oleh            Puan Norazah binti Mohd Ali.
4.     Bacaan Ikrar murid diketuai oleh pengawas bertugas 

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (En. Saifullah bin Mat Saupi)

  • Mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya dalam sukan pada hari Sabtu yang lepas.  Kepada yang kurang berjaya diharapkan tidak berputus asa dan dapat meningkatkan usaha pada masa-masa yang akan datang
  • Murid diingatkan untuk lebih berhati-hati pada setiap masa dan di mana jua. Pada minggu lepas seorang murid telah dilanggar kereta ketika melintas jalan sewaktu pulang dari sekolah.  Juga terdapat murid yang dilaporkan cedera di jari ketika menggunakan pengasah pensel. Diharapkan kejadian-kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa-masa akan datang.
  • Murid diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaran bilik darjah dan sekolah. Terdapat banyak sampah bertaburan setiap kali perhimpunan berakhir. Murid dinasihatkan supaya membuang sampah ke dalam tong sampah.


En. Saifullah menyampaikan laporan pada minggu lepas

Laporan Keceriaan Kelas
Tahun 1
Tempat pertama - Intelek
Tempat kedua -  Cerdik
Tempat ketiga - Fokus

Tahun 2

Tempat pertama - Ferum
Tempat kedua - Vanadium
Tempat ketiga - Uranium

Tahun 3

Tempat pertama - Angklung
Tempat kedua - Nafiri
Tempat ketiga - Kompang


Guru Besar menyempurnakan penyampain anugerah keceriaan kelas

Majlis Pelancaran PPDa dan Penyampaian Watikah Perlantikan Sahabat PPDa

Majlis perhimpunan pada kali diteruskan lagi dengan Majlis Pelancaran PPDa dan Penyampaian Watikah Perlatikan Sahabat PPDa yang diacarakan oleh Pn. Arnny Yusnita binti Md Enarji

Majlis didahului dengan bacaan doa oleh Ustaz Saiffol bin Ngabiah dan diikuti dengan bacaan perutusan sempena Hari Pencegahan Dadah oleh Penolog Kanan Petang, Pn. Rosmah binti Jamat.

Seterusnya acara kemuncak adalah peramian majlis dan penyampaian watikah perlantikan kepada sahabat PPDa yang disempurnakan oleh Guru Besar SKTPP, Pn. Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali.

Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam.

Pn. Arnny selaku pengacara majlis


Bacaan doa oleh Ustaz Saiffol
Bacaan Perutusan Hari Pencegahan Dadah oleh Pn. Rosmah 

Ucapan perasmian majlis oleh Pn. Hjh Rohaidah Mohd Ali

Simbolik perasmian

Penyampaian watikah perlantikan sahabat PPDa


Bacaan ikrar oleh sahabat-sahabat PPDa

No comments:

Post a Comment