... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, February 2, 2016

Majlis Pelancaran Guru Penyayang Tahun 2016 & Sambutan Hari Lahir Bulan Januari

Hari ini Unit Guru Penyayang, SKTPP telah selesai menguruskan dua lagi aktiviti yang dirancang bagi tahun 2016, iaitu Majlis Pelancaran Guru Penyayang bagi Tahun 2016 dan Sambutan Hari lahir bagi murid-murid yang lahir pada bulan Januari.

Pelancaran ini secara tidak langsung bertujuan untuk mewar-warkan kepada warga sekolah khususnya dan komuniti ibu bapa penjaga amnya bahawa pihak sekolah komited bagi melahirkan budaya penyayang di sekolah.

Beberapa program telah dirancang bagi menzahirkan budaya penyayang ini. Antara program yang akan dijalankan sepanjang tahun ini adalah:
i) Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid
ii) Meraikan Murid (Sambutan hari lahir Murid setiap bulan)
iii) Mentor Mentee

Ucapan terima kasih kepada YDP PIBG iaitu Tn. Haji Khairul Azhar bin Muhamad Suffian di atas sumbangan peribadi beliau bagi menampung perbelanjaan program ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada guru-guru yang sentiasa bermurah hati menyumbang kek bagi meraikan Sambutan Hari Lahir Murid setiap bulan.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika majlis berlangsung

 Ucapan pengerusi majlis oleh Pn. Juli, Bacaan Doa oleh Ustaz Ahmad Zunaidi dan Ucapan perasmian oleh Guru Besar; Pn. Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali

 Gimik Pelancaran Program Guru Penyayang 2016

 Penyampaian hadiah hari lahir kepada murid-murid sesi pagi yang lahir pada bulan Januari

Reaksi gembira bila menerima hadiah hari lahir 

 Menyanyi lagu "Happy Birthday" sambil memotong kek
 Majlis Pelancaran Guru Penyayang 2016 sesi petang

 Gimik pelancaran program....disertai dengan letupan belon

 Pn. Hajjah Rohaidah menyampaikan hadiah hari lahir kepada murid-murid sesi petang diiringi oleh Pn Rosmah bt Jamat (PK Petang)

 Antara gelagat murid-murid sesi petang sepanjang majlis berlangsung

Bergambar kenangan selepas nyanyian lagu "Happy Birthday" dan acara potong kek 

No comments:

Post a Comment