... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, February 20, 2016

Program Kepimpinan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas 2016

Program yang bertemakan "Pemimpin Bebas DARVIH" ini telah diadakan pada hari Sabtu, 20 Februari 2016 di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Program ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Sambutan peserta yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas untuk program ini amat menggalakkan.

Objektif program:-
  • mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pengawas dan kerua darjah serta penolong yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab.
  • membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau disiplin di sekolah, pusat sumber dan bilik darjah.
  • melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi serta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah.
Semoga dengan terlaksananya program ini, akan terhasil para pemimpin yang berkaliber dan menepati objektif program yang telah dirancang. 

Berikut disertakan beberapa paparan momen-momen indah sepanjang berlangsungnya program ini. 





Latihan dalam kumpulan
Latihan dalam kumpulan
Latihan dalam kumpulan
Latihan dalam kumpulan

No comments:

Post a Comment