... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, April 26, 2016

Program Mentor Mentee Bulan April 2016

Alhamdulillah..Program Mentor Mentee bulan April telah berjaya dilaksanakan hari ini dengan lancar. Ini adalah kali kedua ia dijalankan pada tahun 2016.

Semua murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 melaksanakan Program Mentor Mentee secara serentak iaitu pada pukul 12.50 hingga 1.20 petang (30 minit) di dalam kelas murid.

Tahun 4:
Bidang: Pembangunan Sahsiah Diri Murid
Tajuk: Pengurusan Diri
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat:
1. Menguruskan diri dengan baik
2. Menjaga kebersihan diri
3. Menyayangi diri sendiri
Falsafah: Hormatilah orang di sekeliling anda

Tahun 5:
Bidang: Psikososial dan Kesejahteraan Mental
Tajuk: Perkembangan Diri
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat:
1.Mengenali dan menerima diri seadanya
2.Menerima hakikat perubahan diri
Falsafah:
1. Manusia mesti menerima perubahan yang belaku seadanya
2. Manusia hendaklah besyukur atas anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan terhadap dirinya

Tahun 6:
Bidang: Pembangunan Sahsiah Diri Murid
Tajuk: Aku Boleh
Objektif: Pada akhir aktiviti mentee dapat:
1. Menyenaraikan kebolehan dan kelemahan diri
2. Mengetahui cara-cara untuk meningkatkan kebolehan diri serta memperbaiki kelemahan diri
Falsafah: Anggaplah kebolehan sebagai batu loncatan mencapai kejayaan dan kelemahan sebagai peluang untuk membaiki diri

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:





Antara ulasan yang dipetik daripada mentor terhadap aktiviti Program Mentor Mentee pada kali ini:

1. Murid-murid dapat menerima kekurangan diri dan mencari kelebihan diri sendiri (Pn Noor Hafizan bt Che Abdul Rahman, Mentor 5 Marikh, Kumpulan 2)
2. Murid gembira berkongsi cerita dengan kawan-kawan serta dapat memahami tentang perkembangan diri (Pn Nor Shuhada bt Mohd Noor, Mentor 5 Utarid, Kumpulan 1)

Semoga program yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada semua murid. Bertemu lagi Program Mentor Mentee akan datang iaitu pada 18 Mei 2016, hari Rabu.

No comments:

Post a Comment