... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, April 1, 2016

Majlis Lambaian Kasih Pn. Jamilah Arifin PK HEM SKTPP (Sesi Pagi)

Pada 1 April 2016 (Jumaat), bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana telah diadakan Majlis Lambaian Kasih bagi meraikan seorang individu yang amat dihormati lagi disanjungi  iaitu Pn. Jamilah Arifin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKTPP yang akan bertukar untuk memulakan tugas di SK Behrang, Perak. Beliau telah berkhidmat selama 12 tahun iaitu pada tahun pertama sekolah ini dibuka 2004 sehinggalah tahun 2016 ini.

Tujuan majlis ini diadakan bagi memperingati jasa-jasa beliau sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Pelbagai acara telah diatur bagi meraikan majlis ini antaranya bacaan doa, ucapan Guru Besar, tayangan video, deklamasi sajak murid, koir perpisahan, penyampaian cenderamata, aktiviti bersalaman bersama murid dan jamuan ringkas bersama guru-guru.

Antara gambar-gambar yang sempat diambil dan dirakam sepanjang majlis berlangsung..

                            Buku program majlis

   Ucapan ringkas Guru Besar Pn. Rohaidah Binti Mohd Ali 

Ucapan dan nasihat Pn. Jamilah kepada guru-guru dan murid-murid SK Taman Putra Perdana. Kelihatan raut wajah yang sedih terpancar di wajah Pn. Jamilah.

Deklamasi sajak dari adik Nur Alya Sofea wakil murid tahun 5 Zuhrah.

Tayangan video berkaitan penglibatan dan jasa Pn. Jamilah yang tidak akan dilupakan oleh seluruh warga SKTPP terutama kepada murid-murid, guru-guru dan pihak pentadbir.

Koir perpisahan dari wakil murid tahun 4 dan tahun 6. Murid  begitu bersungguh-sungguh menyanyikan lagu dengan penuh penghayatan sedih di bawah bimbingan Pn. Astina Mahad Nor.

Penyampaian cenderamata daripada Pn. Guru Besar sebagai tanda kenangan.

Penyampaian cenderamata daripada YDP PIBG Tn. Haji Khairul Azhar Bin Mohamad Suffian.
Sesi bersalaman bersama-sama murid lelaki SKTPP.

Sesi bersalaman bersama-sama murid perempuan SKTPP. 

Sesi bergambar bersama guru-guru lelaki sesi pagi.

Sesi bergambar bersama guru-guru perempuan sesi pagi.

Sesi bergambar bersama-sama pekerja swasta sekolah.

Acara potong kek di dalam majlis jamuan ringkas bersama guru-guru di bilik Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

Gambar kenang-kenangan yang tidak dapat dilupakan.


Selamat berpisah dan selamat bertugas di sekolah baru dari kami warga SK Taman Putra Perdana. Hanya titisan air mata dan iringan doa yang mampu kami kirimkan. Semoga kenangan ini menjadi nostalgia indah ketika bersama kami di SKTPP. Jasamu dikenang dirimu di ingatan kami semua. Selamat bertugas Pn. Jamilah.


Disediakan oleh,
Norfauziaton Binti Ali Mohamed

No comments:

Post a Comment