Masa: 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Pusat Sumber Sekolah dan Bilik Linus
Program ini merupakan satu program yang dilaksanakan di bawah Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama jawatankuasa Linus /Pemulihan.
Tujuan program ini diadakan adalah supaya guru-guru dapat membina bahan bantu mengajar untuk kegunaan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, ia juga merupakan satu kemudahan bagi guru-guru Linus mendapatkan bahan bantu mengajar semasa menjalankan Saringan Linus. Bahan-bahan yang telah disiapkan ini akan ditempatkan di Bilik Linus untuk kegunaan semua guru.
Objektif program:
- menarik minat murid Linus dan pemulihan dalam pelajaran.
- memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya menguasai kemahiran 3M.
- membantu meningkatkan budaya ingin tahu dan pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan.
Sasaran:
- guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
- guru yang mengajar kelas Linus dan Pemulihan.
Berikut adalah perkongsian detik-detik manis kolaborasi guru-guru yang hadir semasa program tersebut dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment