Monday, April 18, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-15 (Sesi Petang)

Hari        : Isnin
Tarikh     : 18 April 2016
Masa      : 1.20 - 2.10 petang
Tempat   : Dewan Perdana

Guru bertugas
1. Puan Azura Farina (ketua)
2. Puan Saadiah
3. Puan Salmi Adnan
4. Puan Nazahiyah
5. Puan Nor Holwani
6. Encik Noor Hisham

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
1. Nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah telah dipimpin oleh Puan Salmi Amir.
2. Bacaan doa telah dipimpin oleh adik Syahmi Wafiq (3 Tabla).
3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya telah dipimpin oleh Puan Nor Holwani.
4. Bacaan Ikrar Murid telah dipimpin oleh adik Aleef Qawiem (3 Kompang).

Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya telah dibaca oleh Puan Nor Holwani.
Bacaan doa oleh adik Syahmi Wafiq

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Rozimah Yaakob)
1. Sikap murid yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan ada beberapa kejadian luka dan cedera. Kejadian ini berlaku disebabkan sikap murid yang tidak bertanggungjawab pada keselamatan diri sendiri dengan tidak mengikut peraturan sekolah.
2.  Sesetengah murid didapati tidak bertanggungjawab terhadap kelas dengan membiarkan kelas berada dalam keadaan kotor dan kurang terurus. Sampah- sarap bertaburan di atas lantai, meja tidak disusun dengan kemas, kipas dibiarkan terbuka walaupun murid keluar rehat atau bergerak ke bilik- bilik khas.
3. Ada juga murid yang tidak bertanggungjawab pada kebersihan persekitaran sekolah dengan membiarkan dewan dan kantin dipenuhi dengan sampah.
4. Diharap semua murid membuang sikap-sikap negatif tersebut

Puan Rozimah menyampaikan laporan guru bertugas pada minggu lepas
Laporan Keceriaan Kelas

Tahun 1
Pertama : Cerdik
Kedua   : Intelek
Ketiga   : Dedikasi

Tahun 2
Pertama : Ferum
Kedua   :Platinum
Ketiga   : Vanadium

Tahun 3
Pertama : Nafiri
Kedua   : Angklung
Ketiga   : Kompang
Ketua kelas 3 Nafiri menerima hadiah dari Puan Rosmah. 

LAWAD
Bahasa Melayu:
ditutupkan (dikatup)

Bahasa Inggeris:
homework (kerja rumah)

Bahasa Arab
naafizatun (tingkap)

Ucapan Guru Bertugas (Puan Nor Holwani)

Tema: Budaya Memberi Salam

Memberi salam sebenarnya merupakan doa dan harapan bagi keselamatan dan kesejahteraan antara satu sama lain. Dengan doa terjalinlah kemesraan dan kasih- sayang antara satu sama lain. 
Salam dihulurkan dari seorang murid kepada guru- gurunya dan sebaliknya. Murid harus didedahkan dengan budaya memberi salam. Ucapan salam wajib diberikan ketika guru memasuki kelas, lalu disambut oleh guru. Salam juga diberikan ketika murid bertemu dengan para pelawat sebagai tanda hormat. 

Ucapan Penolong Kanan Petang (Puan Rosmah binti Jamat) 
Menegur sikap murid yang datang awal ke sekolah tetapi menghabiskan masa dengan berlari- lari di koridor kelas. Keadaan ini mengganggu sesi Pdp sesi pagi. Sekiranya murid datang awal, seharusnya murid berkumpul di Dewan Perdana dan Dewan Putra secara berdisiplin. Ini dapat mewujudkan suasana yang tenteram. Murid- murid juga diingatkan agar menjaga pertuturan sesama rakan dengan tidak bercakap kasar dan bongkak. Murid- murid juga dinasihatkan untuk sentiasa menjaga keselamatan diri sendiri semasa berada di sekolah. 
Ucapan dari PK Petang, Puan Rosmah Jamat.
Perhimpunan ditamatkan pada jam 2.10 petang

No comments:

Post a Comment