Friday, April 22, 2016

Majlis Lambaian Budi Kilauan Kasih Tuan Hj. Ahmad Fuadi bin Sarham @ Mohd Dahlan PK Pentadbiran SKTPP (Sesi Petang)

22 April 2016 dalam kenangan.....

Pada hari Jumaat, 22 April 2016 yang penuh barakah telah berlangsungnya Majlis Lambaian Budi Kilauan Kasih bagi meraikan insan yang sangat dihormati lagi disanjungi iaitu Tn Hj. Ahmad Fuadi bin Sarham @ Mohd Dahlan, PK Pentadbiran yang telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Methodist, Klang. 

Mengimbas kembali tanggal 16 Februari 2012, SKTPP berbesar hati menerima kehadiran Tn Hj. Ahmad Fuadi bin Sarham @ Mohd Dahlan, bagi mengisi jawatan sebagai PK Kokurikulum.  Sepanjang menjalankan tugas sebagai PK Kokurikulum, SKTPP telah berjaya menempa pelbagai kejayaan yang cemerlang.

Komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan beliau telah melonjakkan beliau satu tangga lagi sebagai PK Pentadbiran yang juga akhirnya berjaya melakar sejarah indah dengan pencapaian membanggakan dalam keputusan UPSR tahun 2015.

Kejayaan demi kejayaan yang dilakarkan namun akhirnya SKTPP terpaksa akur untuk perpisahan ini.  Sangat berat melepaskan mutiara yang bersinar indah ini. Tetapi ketentuan dan perancangan Allah itulah yang terbaik.

Kenangan indah yang singkat sepanjang bersama warga SKTPP ini akan terus dalam ingatan seluruh warga SKTPP.  Doa dan harapan kami seluruh warga SKTPP, semoga Tn Hj. Ahmad Fuadi bin Sarham @ Mohd Dahlan, akan terus diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus cemerlang menabur jasa dan bakti demi agama, bangsa dan negara.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.



Majlis diacarakan oleh Pn. Arnny dan En. Saifullah

Bacaan doa oleh Ustaz Saifol

Ucapan Pn. Rosmah mewakili semua guru sesi petang

Ucapan Guru Besar, Pn. Hjh Rohaidah

Ucapan yang dirai, Tn Hj Ahmad Fuadi

Deklamasi sajak oleh wakil murid
  
Persembahan dari murid tahun 3
Murid-murid berpeluang menyampaian hadiah kenang-kenangan sambil memohon maaf.
  


bergambar kenangan bersama guru-guru sesi petang
Kami benci DARVIH
 
  


No comments:

Post a Comment