Saturday, April 2, 2016

Bengkel Pra Persetiaan Pandu Puteri Tunas

Pada 2 April 2016 (Sabtu), telah diadakan satu bengkel Pra Persetiaan Pandu Puteri Tunas yang diadakan di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana. Bengkel anjuran Persatuan Pandu Puteri Tunas SK Taman Putra Perdana ini bertujuan untuk melengkapkan syarat pra persetiaan sebagai ahli Pandu Puteri Tunas. Bengkel ini berlangsung selama dua jam bermula dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. 

Seramai 27 orang ahli Pandu Puteri Tunas telah hadir dalam bengkel ini. Manakala, sembilan orang guru pemimpin turut hadir sebagai fasilitator untuk melaksanakan aktiviti yang bermanfaaat ini. Antara ilmu yang dapat ahli pelajari dalam bengkel ini ialah Undang-undang Tunas Puteri, Lingkungan Tunas Puteri, Khidmat Masyarakat, Daya Mencipta dan sebagainya. 


Pn. Parimala selaku Ketua Bengkel memberi penerangan kepada guru-guru @ fasilitator


 Lingkungan Tunas Puteri dibentuk bagi menjayakan aktiviti berkumpulan

Ahli Pandu Puteri Tunas dipantau oleh fasilitator

Pn. Maimunah sedang memberi tunjuk ajar kepada ahli



Semua ahli bertungkus lumus menyiapkan aktiviti berkumpulan

Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini, dapat memantapkan lagi penguasaan murid-murid dalam Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas bersesuaian dengan cogan kata Pandu Puteri Tunas: 
                  "Selalu sedia" (Be Prepared).


Disediakan oleh: 
Pn. Faridatul-Akmal bt Ismail

No comments:

Post a Comment