Monday, April 25, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-16 (Sesi Pagi)

Tarikh : 25 April 2016
Hari : Isnin
Masa : 8.00-8.30 pagi
Tempat : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Adik Nur Anis Aqilah binti Abdul Manah (5 Zuhal)

Guru bertugas :
1. Mohd Kamarul bin Abdul Rahman
2. Rosmizawati binti Yusub
3. Puan Zuraini binti Ismail
4. Puan Norli binti Hassan
5. Puan Safinatunnajakh binti Mat Som
6. Puan Halimatun Saadiah binti Hassan
7. Puan Azwani binti Mohamed Noordin@Noordin
8. Puan Norinna binti Mohamed

Nyanyian, Bacaan doa dan Ikrar
  1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah dipimpin oleh Puan Astina binti Mahad Nor.
  2. Bacaan doa oleh adik Nukman Haziq bin Fauzi (6 Zeta).
  3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Encik Mohd Kamarul bin Abdul Rahman.
  4. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir (6 Zeta).
Puan Astina memimpin nyanyian
Bacaan Ikrar Murid diketuai Asyraaf Aqasha
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Puan Noor Hayati binti Yusof
  1. Menasihatkan murid-murid agar mendengar arahan guru semasa beratur pada perhimpunan pagi.
  2. Meminta semua murid membersihkan kelas sebelum PdP bermula dan perlu memastikan kelas sentiasa berada dalam keadaan bersih.
  3. Mengingatkan semua murid supaya meletakkan pinggan dan cawan yang telah digunakan ke dalam bekas besar yang disediakan oleh pihak kantin.
  4. Menasihatkan kepada semua supaya untuk minum air yang banyak pada musim panas ini untuk mencegah daripada pelbagai penyakit. 
Ucapan guru bertugas minggu lepas,
Puan Noor Hayati

Laporan Keceriaan Kelas

PPKI
Tempat pertama : Dell
Tempat kedua : Apple
Tempat ketiga : Compaq

Tahun 4
Tempat pertama : Kardiologi
Tempat kedua : Radiologi
Tempat ketiga : Ortopedik

Tahun 5
Tempat pertama : Utarid
Tempat kedua : Zuhal
Tempat ketiga : Uranus

Tahun 6
Tempat pertama : Theta
Tempat kedua : Gamma
Tempat ketiga : Lambda

Ucapan Guru Bertugas oleh Encik Mohd Kamarul bin Abdul Rahman
Tema : Gaya Hidup Sihat
  1. Gaya Hidup Sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang.
  2. Gaya hidup yang positif akan membawa kepada banyak manfaat dan kebahagiaan kepada kehidupan kita.
  3. Contoh amalan gaya hidup sihat ialah :
  • makan makanan yang seimbang
  • aktiviti senaman
  • tidur dan rehat yang mencukupi
  • kebersihan dari segi mental dan fizikal
Ucapan guru bertugas minggu ini,
Encik Mohd Kamarul
Perkataan LAWAD
  1. Bahasa Malaysia - tatasusila (sopan santun, budi pekerti yang mulia)
  2. Bahasa Inggeris - term (penggal)
  3. Bahasa Arab - shoiyadun (nelayan)
Ucapan Guru Media (Puan Siti Rabiaah binti Mohammad)
  1. Memaklumkan program Jom Baca Bersama selama 10 minit akan dijalankan pada pukul 11.00-11.10 pagi hari ini. Murid-murid tahun 6 akan berada di Dewan Perdana dan murid-murid tahun 4 dan 5 akan berada di kelas masing-masing. 
  2. Mohon kepada semua murid untuk membawa buku nilam pada minggu ini bagi tujuan pengumpulan data.
Penyampaian hadiah bagi pertandingan bersama PTS 
Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan
Bengkel Melukis Komik
  1. Syarifah Amirah binti Wan Mailmuyudin (6 Omega)
  2. Muhammad Safuan bin Osof (6 Gamma)
  3. Ahmad Azfar bin Abdul Manah (6 Zeta)
  4. Hafizul Hisham bin Harun (5 Musytari)
  5. Hafiz Edzuan bin Mohd Ellis (6 Sigma)
  6. Nur Shafiqah Majidah binti Bachok (5 Musytari)
Teka Jumlah Muka Surat Buku
  1. Majdina Afiqah binti Mahadir (6 Zeta)
  2. Puteri Adriana Maisarah binti Saifulazarudin (6 Theta)
  3. Mohammad Aliq Danish bin Mohd Hashim (6 Theta)
  4. Nurin Anisah binti Razman (5 Zuhrah)
Kuiz Uji Tahap Berfikir Bersama PTS
  1. Erdina Thalea Raden Suherman (6 Beta)
  2. Muhammad Rafiq bin Rahmad (5 Uranus)
  3. Muhammad Izzat bin Mohamad Zaihan (4 Surgeri)
  4. Jibril bin Rosli (5 Uranus)
Penyampaian sijil kepada penceramah Program Teknik Menjawab Tahun 5 
Puan Juli binti Mahbah, urusetia program
Bahasa Malaysia
  1. Puan Norli binti Hassan
  2. Puan Mazzaini binti Muda
  3. Cik Roslinda binti Mansor
  4. Encik Tarmiji bin Sabali
Bahasa Inggeris
  1. Puan Nor-Azura binti Mustafa
  2. Puan Norliza binti Ali@Yasim
  3. Puan Norhana binti Nordin
  4. Puan Norsiah binti Mohd Noor
Matematik
  1. Puan Arjunawati binti Ahmad Nuze
  2. Puan Norinna binti Mohamed
Sains
  1. Puan Norasmawati binti Omar
  2. Puan Zuraini binti Ismail
  3. Puan Zailezah binti Sardi
  4. Puan Julaili binti Onian
Penyampaian sijil kepada guru-guru
Ucapan Guru Besar (Puan Hjh Rohaidah binti Mohd Ali)
  1. Mengumumkan dan memperkenalkan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Puan Rosmah binti Jamat dan Penolong Kanan Petang, Puan Jumilah binti Ahmad kepada semua murid.
  2. Memaklumkan mesin penapis air yang sedia ada telah rosak dan tidak boleh digunakan. Pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan menyediakan bekas air besar untuk kegunaan bersama. 
  3. Memaklumkan Peperiksaan Pertengahan Tahun akan dilaksanakan awal seminggu dari tarikh yang dirancang iaitu bermula 9 hingga 13 Mei 2016.
  4. Memaklumkan pada 2 Mei 2016 (Isnin) ialah cuti sekolah sempena Hari Pekerja.
  5. Memaklumkan pada 3 Mei 2016 (Selasa), sekolah ini akan dikunjungi oleh Penolong Kanan, wakil setiap sekolah daerah gombak untuk lawatan bilik sumber PPDa. Diharapkan Sahabat PPDa dapat menjalankan tugas sebaik mungkin.
Ucapan Guru Besar,
Puan Hjh Rohaidah binti Mohd Ali
Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (Puan Rosmah binti Jamat)
  1. Menasihatkan kepada semua murid agar menghormati semua guru untuk mendapat keberkatan ilmu.
  2. Mengingatkan murid-murid supaya mematuhi semua peraturan sekolah dan perlu berdisplin pada setiap masa.

No comments:

Post a Comment