... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, March 13, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-11 (Sesi Petang)

(13 Mac – 17 Mac 2017)

Tarikh: 13 Mac 2017 (Isnin)
Masa: 1.20 – 2.15 petang
Tempat: Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

GURU-GURU YANG BERTUGAS
1.            En. Wan Mohd Roswandy b W.Ibrahim
2.        Pn. Arnny Yusnita bt Md Enarji
3.            Pn. Nor Arzah binti Husin
4.            Pn. Suriyana binti Nanyan @ Salim
5.            Pn. Nor Azian binti Ahmad
6.            Pn. Yusnita binti Yunus
7.        En. Mohd Najib b Hj Sapari

Antara guru bertugas minggu ini

Laporan / Ulasan
Nyanyian, bacaan doa, ikrar

1.            Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah bawah pimpinan Pn. Salmi binti Amir
2.            Bacaan doa oleh Mohd Shafiq Ahnaf b Kamarol Hisham
3.            Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh En Wan Mohd Roswandy b W.Ibrahim
4.            Bacaan ikrar murid oleh Mohd Shafiq Ahnaf b Kamarol Hisham

Laporan guru bertugas minggu lepas – Pn Hastipa bt Daud

1.            Pada minggu lepas, tiada masalah yang serius yang berlaku.
2.            Murid perlu memantapkan disiplin ketika turun dan naik tangga. Murid-murid diingatkan supaya tidak berlari dan tolak-menolak semasa turun dan naik tangga.

Ucapan guru bertugas – En Wan Mohd Roswandy b W.Ibrahim

1.    Perkataan lawad :

Bahasa Arab                 :  Nafizatun bermaksud tingkap
Bahasa Melayu             :  Mengecop bermaksud membubuh / menaruh cop
Bahasa Inggeris            :  Chair bermaksud kerusi

2.    Tema Minggu Ini          :  Menjaga keselamatan diri

Murid-murid perlu mengikut peraturan di sekolah seperti yang telah ditetapkan di dalam buku peraturan. Murid-murid juga diigatkan agar menjaga keselamatan diri supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Elakkan daripada berlari-lari, tolak-menolak, tendang-menendang dan sebagainya yang boleh mengundang kecederaan.

Ucapan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohamad Ali

1.    Guru besar mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang hadir pada hari ini dan sentiasa bersemangat untuk ke sekolah.
2.    Guru Besar juga mengucapkan selamat Hari NILAM 1Selangor (Han1s)
3.    Guru Besar mengingatkan murid supaya mengamalkan sikap suka membaca walau di mana berada.
4.    Beliau mengharapkan Program NILAM ini lebih berdaya maju, menarik dan aktif pada tahun ini dan beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua JK Pelaksana NILAM yang sentiasa memikirkan aktiviti agar murid membaca lebih banyak buku.
5.    Di samping itu beliau juga mengingatkan murid-murid bahawa membaca adalah kunci kepada ilmu pengetahuan.
6.    Guru Besar mengucapkan tahniah kepada Pusat Sumber SKTPP kerana berjaya mendapat 5 Bintang dalam penarafan PSS berdasarkan Smart School Qualification System (SSQS).
7.    Akhir sekali, Guru Besar merasmikan pelancaran NILAM 2017 berserta gimik yang sangat menarik.

Berikut gambar sepanjang majlis perhimpunan diadakan :

Ucapan aluan pengerusi majlis

     
Nyanyian 3 buah lagu dipimpin oleh Pn Salmi bt Amir

 

   
Bacaan doa & Ikrar Murid dipimpin oleh Mohd Shafiq Ahnaf b Kamarol Hisham


 

Bacaan Ikrar Rukun Negara & Ikrar Keselamatan Jalanraya dipimpin oleh En Wan Mohd Roswandy



Laporan guru bertugas minggu lepas disampaikan oleh Pn Hastipa bt Daud


Ucapan oleh Pn Hajah Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)

Perasmian Pelancaran NILAM 2017 disempurnakan oleh Pn Hajah Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)

No comments:

Post a Comment