Wednesday, March 22, 2017

Kelas Tambahan Cuti Sekolah

Semasa cuti Pertengahan Penggal Satu 2017, Unit Kecemerlangan UPSR SK Taman Putra Perdana telah mengadakan kelas tambahan selama tiga hari iaitu pada 20, 21 dan 22 Mac 2017.

Antara objektif mengadakan kelas tambahan ini adalah :
1. Membantu meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid Tahun 6 dalam persediaan menghadapi UPSR tahun 2017
2. Memberi bimbingan serta panduan kepada murid supaya dapat menjawab soalan dengan mudah melalui latihan berfokus kepada topik serta latih tubi dan pendedahan kepada format UPSR.
3. Mendidik murid-murid Tahun 6 menggunakan masa cuti / masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

Mata pelajaran yang diajar meliputi semua subjek yang diuji samasa UPSR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Ramai murid Tahun 6 yang mengambil peluang datang ke kelas tambahan ini, syabas diucapkan kepada mereka. Namun masih ada sebilangan murid yang tidak bertindak proaktif untuk menghadirkan diri ke kelas tersebut. Berdasarkan peratus kehadiran hanya sekitar 65% sahaja daripada keseluruhan bilangan calon UPSR 2017.

Unit Kecemerlangan UPSR amatlah berharap peratus kehadiran ini akan meningkat semasa kelas tambahan cuti Pertengahan Tahun diadakan nanti.





Wajah-wajah murid Tahun 6 yang menghadiri kelas tambahan 

No comments:

Post a Comment