Monday, March 27, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-12 (Sesi Petang)

Tarikh : 27 Mac 2017
Hari    : Isnin
Tempat: Dewan Perdana SKTPP

Senarai Guru Bertugas:

1. En.Rusmami Bin Rusli
2. Puan Nur Malisha Bt Omar
3. Puan Nur Azizati Bt Ahmad
4. Puan Nor Suriati Bt Ismail
5. Puan Nik Rosmaliza Bt Nik Hussain
6. Puan Nur Azlin Bt Mat Nor
7. Puan Nora Bt Sabihi

Guru bertugas
                         
Laporan / Ulasan

1. Perhimpunan sesi petang dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Puan Salmi Bt Amir.

2. Majlis diteruskan oleh bacaan doa oleh Adik Muhammad Shafiq Ahnaf  Bin Kamarul Hisyam

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Puan  Nur Malisha Bt Omar.

4. Ucapan Guru Bertugas Minggu Ke-11
En Wan Mohd Roswandy  menyentuh tentang displin murid-murid seperti berlari semasa naik dan turun dari tangga.

5. Ucapan Guru Bertugas / Tema

Mengamalkan Senaman
     Senamam ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang kali secara terancang yang boleh meningkatkan kecergasan fizikal. Senaman boleh dilakukan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai dan tidak mendatangkan kecederaan. Senaman juga penting untuk mengekalkan kesihatan kita semua.

6. Pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas minggu ke-11

a) Tahun 1

Pertama: 1 Ibnu Bajjah
Kedua:    1 Ibnu Khaldun
Ketiga:    1 Al Baruni

b) Tahun 2

Pertama: 2 Jujur
Kedua  :  2 Dedikasi
Ketiga  :  2 Intelek

c) Tahun 3

Pertama :  3 Elektrum
Kedua :     3 Titanium
Ketiga :     3 Kuprum

7. Ucapan PK Petang

        Puan Jumilah telah menasihati murid- murid agar minum air secukupnya. Ini kerana cuaca sangat panas pada waktu tengah hari. Selain itu, PK Petang juga menasihati murid-murid supaya menjaga displin terutama semasa naik ke kelas. Murid-murid diingatkan supaya jangan berlari semasa naik dan turun dari kelas.

8. Berikut adalah gambar sepanjang perhimpunan diadakan...

Bacaan ikrar oleh murid

Ucapan oleh Puan Jumilah Bt Ahmad (PK Petang)
Anugerah atlet dan olaragawan sekolah disandang oleh Muhd Ariq Aiman Bin Mustaqim





.
Wakil daripada kelas yang memenangi pertandingan keceriaan kelas

Disediakan oleh,
Rusmami Bin Rusli

No comments:

Post a Comment